MALAYSIA berminat untuk menggantikan jet pejuang Rusia SU dan MiG dengan versi baharu dari Rusia, kata Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad.

“Kami mendapati ia (jet yang kini digunakan di Malaysia) sudah terlalu lama dan mungkin prestasinya tidak sebaik dengan versi baharu.

“Ini adalah ‘permainan’ yang mahal,” katanya merujuk kepada model terbaru berkenaan.

“Kita akan melihat kemungkinan mengkaji mengenai mendapatkan pesawat baharu daripada Rusia dan jet yang lain,” katanya.

Mahathir berkata, Malaysia mengkaji tawaran Rusia untuk mengambil semula jet pejuang MiG yang lama dan menggantikannya dengan MiG-35.

Namun kata Perdana Menteri, semuanya membabitkan persoalan wang kerana Malaysia tidak memperuntukkan banyak dana untuk pertahanan.

Bagaimanapun, tawaran itu boleh memberi manfaat kerana negara mahu memastikan pasukan pertahanan berada di tahap tertinggi tanpa perlu banyak berbelanja.

“Hanya dua peratus daripada bajet diperuntukkan untuk pertahanan. Kami membelanjakan 25 peratus daripada bajet untuk pendidikan,” kata Mahathir.

Perdana Menteri Malaysia itu kini berada di bandar Vladivostok, Rusia untuk menghadiri Forum Ekonomi Timur yang akan berlangsung sehingga Jumaat. – 6 September 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.