DAP Pulau Pinang semakin bersikap rasis, cauvinis dan menindas masyarakat dan alam sekitar negeri itu.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, beliau yakin projek tambakan laut oleh gabungan parti kerajaan itu akan memberi kesan buruk terhadap penduduk di negeri itu.

“Sekurang-kurangnya terdapat lima sebab utama mengapa Projek Tambak Selatan Pulau Pinang (PSR) yang berkeluasan 4,500 ekar (dianggarkan seluas Johor Forest City) wajib dibantah dan ditolak sekeras-kerasnya.

“Tambahan pula, banyak projek yang mahu dilaksanakan termasuk projek terowong bawah laut sepanjang 7.2 kilometer bukan satu keperluan mendesak dan terpalit dengan pelbagai isu integriti.

“Selain itu, PSR akan mengulangi kesan lebih dahsyat seperti yang pernah berlaku ke atas masyarakat nelayan di Tanjung Tokong dan Tanjung Bungah setelah projek tambakan pantai utara dilakukan untuk memberi laluan kepada projek Seri Tanjung Pinang 2 (STP2),” katanya.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim memberitahu PSR dijadikan sebagai bank tanah (land bank) untuk membiayai Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) yang masih banyak dipertikaikan sama ada daripada aspek kos (RM46 bilion), keberkesanan dan kerelevanannya.

“PSR akan menjejaskan rezeki kira-kira 5,000 orang nelayan yang bergantung sepenuhnya kepada hasil laut untuk menyara kehidupan harian mereka.

“Sekiranya PSR ini diteruskan, maka jaminan bekalan ikan akan terjejas dan menyebabkan harganya akan melambung tinggi.

“Ia bukan isu mikro tapi membabitkan juga industri makanan mentah dan pemprosesan makanan serta pelancongan domestik.

“Tidak mustahil, usahawan kecil dan sederhana akan terus lumpuh.

“PSR juga dianggap sebagai usaha secara halus meminggirkan penempatan rakyat khususnya golongan bawahan.

“Dianggarkan sekitar 20 peratus sahaja rumah mampu milik yang disediakan. Maka, siapakah pemilik sebenar majoriti 80 peratus lagi? Tidak keterlaluan jika diandaikan penempatan di kawasan tambak laut tersebut akan dihuni oleh golongan kaya dan orang asing,” katanya.

Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, kawasan laut khususnya di sekitar Permatang Damar Laut dan Teluk Kumbar akan rosak dan menjejaskan eko pelancongan.

“Projek penambakan laut akan memusnahkan habitat haiwan laut terutamanya spesies yang terancam kepupusan.

“PAS mengajak rakyat turun beramai-ramai dan membantah secara tegas dalam Himpunan Selamatkan Pulau Pinang pada 8 September (Ahad) ini di Padang Bola Permatang Damar Laut, Bayan Baru.

“Tunjukkan solidariti rakyat terhadap kerajaan yang sombong pimpinan DAP,” ujarnya. – 6 September 2019.

2 COMMENTS

  1. Orang luar kafir jijak tanah melayu jangan salah fikir hukumlah tak bodoh you,kesian kasihan buatpa dunia sudah moden nak minum ayaq klapa kapiaq luaq ghoyak den…

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.