JIKA keputusan inkues kematian Muhammad Adib Mohd Kassim, keluarga anggota bomba itu wajar mendesak kerajaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

Abdul Rani Kulup Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ayahanda Abdul Rani Kulup, menyifatkan kematian Muhammad Adib sebagai insiden yang menyedihkan seluruh rakyat Malaysia dan meminta agar keadilan ditegakkan buat arwah.

Presiden Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) itu berkata, seluruh rakyat Malaysia kini menunggu dengan penuh perhatian terhadap keputusan inkues kematian Muhammad Adib pada minggu depan.

“Jika keputusan itu (inkues) diragui, RCI wajar ditubuhkan untuk siasat insiden yang meragut nyawa Muhammad Adib.

“Apa pun kita tunggu keputusan inkues minggu depan,” kata ketika ditemui pada Majlis Tahlil Perdana untuk arwah Muhammad Adib dan Syed Daniel.

Majlis itu dianjurkan oleh Gagasan Tiga yang diketuai Amran Ahmad Nor dan dihadiri oleh Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Dato’ Azwanddin Hamzah.

Muhammad Adib meninggal dunia akibat kecederaan dipercayai dipukul perusuh kuil dalam kejadian rusuhan pada November tahun lalu.

Rakyat pada ketika itu mendesak RCI ditubuhkan bagi menyiasat punca sebenar kematian Muhammad Adib tetapi Peguam Negara, Tommy Thomas mengarahkan inkues dijalankan.

Inkues mencari punca kematian berlangsung dengan penuh kontroversi dan keputusannya akan diketahui pada 27 September ini. – NTHQiBord, 6 September 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.