WAHAI Tun Mahathir Mohamad, untuk membantu sesebuah bangsa itu maju, ianya bukan boleh datang dengan cacian dan makian, ianya juga bukan boleh datang dengan merendah-rendahkan bangsa itu.

Ianya datang dengan formula polisi yang baik, pendidikan yang baik dan juga implementasi yang baik.

Mungkin Tun lupa, apabila Tun dan Datuk Seri Anwar Ibrahim melaksanakan Dasar Penswastaan, ada ramai Melayu mendapat keistimewaan dari dasar ini.

Mereka terus menjadi kaya raya dengan gaji yang besar, tidak perlu usaha.

Serupa juga mereka diletakkan di zon selesa apabila Tun dan Anwar memberi Bumiputera Pink Form, satu polisi yang memberikan kekayaan ‘overnight’, adakah polisi-polisi ini mewujudkan bangsa yang berusaha ?

Sebelum Tun menjadi Perdana Menteri pada tahun 1981, polisi kerajaan membolehkan orang Melayu membuka ladang, bercucuk tanam dan nelayan.

Orang Melayu berusaha untuk meningkatkan diri bukan dengan cara senang, mereka terus membanting tulang 4 kerat untuk hidup dan membesarkan anak-anak.

Tun, semasa zaman itu, Tun telah gagal menwujudkan polisi agar orang Melayu menjadi peniaga, gagal mengekang bangsa Cina dari menipu kerajaan dalam tender-tender dan pelbagai dasar yang telah memberikan keuntungan kepada kaum Cina.

Sehingga hari ini Tun gagal dalam membina polisi membina untuk mewujudkan perniagaan yang boleh direbut oleh orang Melayu!

Tun, apabila Tun melancarkan Satelit Razak Sat, siapa yang mendapat nikmat, Ananda Krishnan mendapat Maxis, mana ada orang Melayu mendapat keistimewaan begitu baik.

Mereka dimomokkan dengan Celcom yang mana ianya adalah GLC. Apabila Pewaja Steel diwujudkan, adakah ianya melahirkan peniaga Melayu ?

Tun, semasa Tengku Razaleigh diminta membuat perniagaan petroleum, beliau meminta masa 4 tahun, dan dalam masa 4 tahun itu, Tengku Razaleigh menyediakan anak-anak Melayu yang pakar dalam bidang ini.

Seramai 4,000 anak Melayu dihantar untuk belajar bidang petroleum, selepas jangka masa 4 tahun dan hasilnya apabila Petronas diwujudkan, Melayu dominan dalam bidang Petroleum.

Itulah cara menimplentasikan Polisi Bangsa!

Pandangan ikhlas saya, Tun tidak perlulah mencerca lagi Melayu, cukuplah dengan kegagalan Tun dan Anwar di bawah pemerintahan dahulu, jangan lagi melekakan Melayu dengan omok-omok kuasa walhal di belakang takbir, kamu memberi kekayaan kepada bangsa lain.

Akhirnya Tun, kenapa Tun tidak mengalakkan Cina juga berkerja mengambil tugas pendatang asing?

Kenapa perlu Tun menyalahkan Bangsa Melayu. Adakah Bangsa Cina ini bangsa first class dan tidak boleh buat kerja kotor? – 6 September 2019.

DATUK RAZLAN RAFII,
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.