PARTI pro-DAP, AMANAH cuba memburukkan agenda penyatuan PAS dan UMNO dengan menyifatkan kerjasama parti Islam dan Melayu itu sebagai berbahaya.

Pengerusi AMANAH Selangor, Izham Hashim, berkata, agenda itu juga menggugat keseimbangan masyarakat majmuk di negara ini.

Jelas beliau, penyatuan ummah antara PAS-UMNO tidak tidak mempedulikan kesan yang akan timbul kepada masyarakat dan hanya memenuhi agenda politik masing-masing.

Beliau juga berkata, kaedah itu mampu menimbulkan ketegangan kaum kerana agenda ini hanya mempertahan satu kaum sahaja.

“Kita kena ingat ini bukan satu usaha atau agenda yang boleh dipandang remeh atau ringan.

“Ini satu agenda yang mereka bina dan teruskan sehigga pilihan raya umum (PRU) akan datang dan seterusnya.

“Ini adalah bahaya kerana bagi kita mereka tidak ada rasa malu dan segan untuk membuat apa saja asalkan cita-cita politik mereka tercapai.

“Walaupun agenda mereka boleh menyebabkan perbalahan, pergeseran berpanjangan antara kaum dan agama, mereka tidak peduli.

“Kita kena ingat, jangan kita biarkan naratif ini berpanjangan tanpa sediakan satu penyelsaian yang mewakili konsep ‘rahmatan lil alamiin’,” katanya.

PAS-UMNO bakal memeterai Piagam Muafakat Nasional antara kedua-dua parti pada 14 September depan.

Untuk rekod, kedua-dua parti itu sebelum ini, setuju untuk menjalinkan kerjasama secara Ta’awun Siyasi yang menyentuh semua isu melibatkan kepentingan nasional. – 7 September, 2019.

9 COMMENTS

  1. Bahaya kerana PH pasti akan hilang pengaruh dari majoriti kaum melayu dan peluang untuk menang PR15 amat sukar lebih lebih lagi pengaruh PM7 juga tidak seperti semasa PR14.

    • Memang Bahaya orang tidak berani pertikaikan isu ugama macam sekarang. Ada menteri ph makan gaji saja. Tak boleh harap.

  2. …BAHAYA…. Memang….. BAHAYAAAAA….AMAT BAHAYA….PH bakal jadi KERAJAAN SEPENGGAL…agaknya…

  3. bekerjasama dgn dap lgi bahaya..pan mengunakn agama utk kepentingan politik..memusuhi sesama islam adalaj berdosa besar tetapi berbaik dgn musuh tiada pertolongan dri yg maha esa.

  4. Saya nampak skrg Ramai Org Menggunakan Islam utk kepentingan diri bkn utk kepentingan masyarakat n Negara. Yg paling sedihnya ialah menggunakan Islam utk kepuasan Nafsu.Org lain dia tk peduli asalkan kehendak dia tercapai. Sebenarnya Pehak Kerajaan mesti menangani hal ini, jangan dibiarkan.Kalau tidak Kerajaanlah akan menanggung akibatnya.Maksud saya PM kena bertindak, Kalu PM sdh tk mampu lagi, berilah PM itu kpd Penggantinya dgn segera, jika tk mahu melihat Kerarajaan lingkup.

  5. Ta bahaya nya Klau Islam sama yg bahaya nya berekongkol. Dengan semburit,da ta ada modal ke na cakap,awak tu nama Islam perangai mcam syaitan bersekongkol pula dgn si tua tu elok LA jawab dengan Allah taala di akhirat nanti otak letak kat semburit da gila.

    bahaya

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.