BILA kita dedah Mukhriz Mahathir menyamun 1,000 hektar tanah konsesi balak di Sarawak pada 1994, Mukhriz jawab dia “hanya tolong kawan dan itu cerita lama, dah lupa”.

Sama macam skandal Forex lebih RM 30 billion melibatkan Tun Mahathir Mohamad, juga Tun Mahathir jawab “Tak ingat, tak tahu, tak siapa beritahu”

Mereka dua beranak mudah lupa diri, tapi kalau bab orang lain, mereka boleh kerah polis panjat siling rumah Tun Rahah untuk kononnya cari duit Najib Razak curi!

Itulah kisah Tun Mahathir anak beranak yang bertaraf billionaire dan tak tahu malu.

Tidak mengapalah. Letak sebelah dulu cerita lama, kita bercakap pula tentang skandal terkini.

Baru-baru ini pada 28 Ogos 2019, Kabinet PH umumkan kelulusan peruntukan RM21.6 billion untuk national connectivity plan dan saya ada menulis bahawa ianya adalah untuk kepentingan syarikat Opcom milik anak Tun Mahathir.

Tapi 4 hari lalu pada 4 September 2019, Gobind Singh Deo nafikan ianya projek mega dan Opcom (syarikat Mukhriz) bukanlah satu-satunya syarikat yang mendapat faedah dari peruntukan RM21.6 billion tersebut.

Maka kencing PH semakin berdarah!

Dari maklumat yang diperolehi dari data Bursa Malaysia, Mukhriz telah menjual sahamnya di Opcom dalam 3 urusniaga berasingan selepas pengumuman peruntukan RM 21.6 billion untuk national connectivity plan yang menyaksikan saham Opcom naik mencanak!

Mokhzani juga telah melepaskan semua jawatan di Opcom 2 bulan sebelum pengumuman RM 21.6 billion untuk national connectivity plan tersebut.

Untuk rekod, Mukhriz adalah pemegang saham utama Opcom, manakala Mokhzani Mahathir pula adalah Pengerusi Eksekutif Opcom sehingga 3 bulan lalu.

Saya senaraikan Lembaga Pengarah Opcom untuk “during the financial year and during the period from the end of the financial year to the date of
this report (tidak termasuk yang tersenarai di atas):

Tok Puan Norzieta Binti Zakaria
Lim Bee Khin
Mirzan Bin Mahathir
Arun Bansal
Datuk Muthanna Bin Abdullah
Patrick Rolf Johansson
Ahmad Bazlan Bin Che Kasim
Rohiza Binti Husain (dilantik pada 1.9.2018)
Yusree Putra Bin Alias (dilantik pada 16.7.2019)
Ng Hui Tieng (dilantik pada 20.6.2019 dan 16.7.2019)

Rupa-rupanya Mirzan Mahathir dan isteri Mukhriz juga adalah pemegang saham Opcom!

Tahukah anda, jika di luar negara, penjualan saham sebegini adalah JENAYAH dan menjadi SKANDAL KEWANGAN yang besar?

Tapi di Malaysia Baru, ianya tidak menjadi isu!

Kenapa?

Bursa Malaysia telah dikawal oleh blogger Tun Mahathir sendiri, SatDee!

Apakah Pengurusan Bursa Malaysia di bawah kawalan blogger Tun Mahathir, SatDee akan menyiasat skandal ini dengan telus dan tanpa prejudis?

Apakah Tun Mahathir akan sekali lagi menjawab “saya tak tahu”?

Saya tahu! Jawapannya ya, Tun Mahathir tidak tahu!

Hanya satu soalan saya kepada Tun Mahathir, apakah saya telah melakukan jenayah dengan bertanyakan soalan begini?

Perdana Menteri Malaysia sangat berkuasa, namun saya serahkan kepada Allah Taala jua. – 7 September 2019.

ANINA SAADUDIN,
Pengasas Empirical Malaysia.

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

10 COMMENTS

  1. Bagaimana dgn kapal mewah tu, xtau juga ker siapa pemilik nya. Jika xtau semakin pelik lah, moto buruk pun leh tau siapa pemiliknya, nie kapal mewah hahahah mengarut betoi laa

  2. Klau da penyangak tu penyangak,semua kuasa dlm tangan,bole suka hati buat,kerja ta tau hanya tau pakai duit rakyat,macam ni punya orang orang bole sokong, mereka ambil dia jadi menteri Kedah ta tahu kerja makan gaji buta ,hairan,buka syarikat pakai duit rakyat ta takut ke dunia bole lepas akhirat , sedar LA hidup bukan na menongkat langit ,umor semakin tua ta sedar mungkin seronok dapat duit pun duit rakyat .

    • Biasa lah Anonymous. Kalau semua diparleman tu berfikiran seperti anda. Makamah kosong tidak ada pesalah. Siapa yang dah lama ikut perkembangan Mahathir dia tahu cerita tak banyak sikit. Masa dia jadi Pm ke 4. Waktu itu Wasap tidak ada. Sebab itu lah cerita dia tak tersebar macam Najib.

  3. SPRM..yg Ketua Pengarahnya dilantik olih Tun M nampak sangat jadi BONEKA pada Tun M dan Kerajaan PH..kalau betul SORM berintegriti dan telus siasat lah maklumat yg dah pun tukar ni berhubung pakatan jahat dn salah guna kuasa Tun M anak beranak dan siasat Bursa Saham seperti apa yg dilapurkan Anina Saadudin Pengasas Empirical Malaysia

  4. National connectivity dulu dipegang oleh 1 syarikat ia itu kawan saya. Sekarang di pecahkan kpd beberapa syarikat. Betul la tu. Jgn mcm BestariNet yg YTL saja yg dapat utk 10k sekolah.

  5. Xapa..biarkn dia banyak mengumpul harta haram, jgn sampai dia trsilap langkah, dia jgn lupa PM bkn seumur hidup, skrg dia berkuasa.. Lps pru 15 xlama lg insya allah umno pas akn berkuasa,pd masa itu mrk akan merasa betapa sempitnya dunia ini…mmg kita harapkan siasatan menyeluruh terhadap mahathir anak beranak serta kroninya diambil tindakan,korek dn siasat darimana dtgnya harta2 berbilion rinngit yg dimiliki mrk. .Skandal forex dn skandal perwaja, rm36 bilion lesap dn bankrapnya bamk negara disiasat. .andai terdaat bukti.. .Rampas habis semua hartanya. .Kerana kita rakyat malaysia tahu sebelum mahathir join politik dia xpunya apa2 pun harta. ..yg ada sebuah klinik.. Tp sekarang mrk anak beranak punya harta berbilion ringgit. .Menjadi jutawan sekelip mata… Pastikan duit rakyat yg disamun dn dirompak oleh mahathir dikembalikan kpd rakyat Malaysia….semoga allah memberi kemenangan kpd umno pas pd pru 15 nanti

  6. FYI..Pengarah utk tahun kewangan tak sama dgn pemegang saham.. yg tersenarai itu ada lembaga pengarah bukannya pemegang saham..its 2 different things…just pointing out that your facts must be right too..

  7. As salam,tak apa lah kan Tun Mahathir dan Mukhriz Mahathir kata tak tahu dah lupa lah.Tak apa lah.Tapi ingat insyaallah Allah swt tak akan lupa……….kat dunia ini tak apa lah boleh cakap je dan belanjakan puas2 masa kat dunia ini
    .

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.