GOLONGAN pro-Syiah semakin besar kepala apabila mempertikaikan khutbah Jumaat di Selangor yang mengingatkan jemaah tentang bahaya penganut fahaman sesat itu.

Isu itu dimainkan oleh portal-portal pro-DAP yang sengaja meminta pandangan daripada golongan liberal untuk melagakan penganut Syiah dan golongan Islam berfahaman Sunnah Wal Jamaah.

Antara yang mengkritik termasuk Dr Ahmad Farouk Musa yang mengetuai kumpulan pembaharuan Islam, Islamic Renaissance Front dan penulis berfahaman liberal, Faisal Tehrani.

Namun peliknya, Menteri Agama, Datuk Mujahid Yusof Rawa dilihat bersikap lepas tangan dan menyerahkan isu itu kepada Jabatan Agama Islam Selangor.

Pemimpin AMANAH itu berkata tindakan itu dibuat jabatan berkenaan tanpa melibatkan beliau.

“Bukan saya, itu perlu tanya kepada Selangor (JAIS),” jawabnya ringkas.

Portal pro DAP sengaja melaporkan teks khutbah itu disediakan JAIS menjelang peristiwa penting syiah pada minggu depan dengan menyifatkan kepercayaan dan amalan syiah sebagai sesat, jelek, karut dan meloyakan.

Menurut laporan itu, kandungan khutbah itu antara lain menggesa umat Islam menjadi ‘mata dan telinga’ pihak berkuasa serta melaporkan sesiapa saja yang mengikuti amalan syiah. – 7 September 2019.

3 COMMENTS

  1. Menteri agama paling tak berguna dalam sejarah Malaysia..psal kepentingan Islam dia membisu bila kaum kafir hentam..binawe lu

  2. Siapa kita nak komen menteri.dia ada tginug jawab kita yg adik komen ni pun subuh pun tinggallah macam haram jadah

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.