KETIKA jadi pembangkang, Pakatan Harapan (PH) sendiri paling banyak menghasut rakyat untuk mengkritik kerajaan.

Tapi selepas menjadi kerajaan, PH seolah-olah ‘telinga nipis’ apabila rakyat mengecam atau mengkritik dasar yang mereka lakukan.

Naib Presiden PKR, Tian Chua mengingatkan PH agar tidak melenting dengan kritikan demi kritikan yang dilemparkan oleh rakyat di negara ini kepada mereka.

Ini kerana katanya, budaya mengkritiknya dasar-dasar yang dilakukan kerajaan telah meresap ke hati rakyat sebagaimana yang pernah dibawa oleh PH sebelum merampas kepimpinan Putrajaya pada 9 Mei tahun lalu.

Tambah Tian Chua lagi, dasar mengkritik kerajaan terlalu menebal dalam rakyat masa kini kerana ia hebat diperjuangkan oleh PH selaku pembangkang dahulu.

“Sekarang rakyat berani lawan kerajaan dan kutuk menteri. Itu kita tidak boleh pertikai kerana kita sendiri yang ajar rakyat buat dan ini menjadikan kita mangsa.

“Kepimpinan harus menerima kritikan demi kritikan rakyat dan terus bekerja demi memenangi hati rakyat sebelum Pilihan Raya Umum akan datang.

“Apa yang kita perjuangkan bukan untuk diri sendiri, kita sudah jadi parti memerintah, jadi kita terpaksa telan apa yang kita cuba capai dulu.

“Inilah hasil daripada perjuangan kita. Harap perkara ini tidak berulang lagi,” katanya lagi.

Jelas bekas Ahli Parlimen Batu itu lagi, rakyat hari ini semakin cerdik dalam menilai pentadbiran sesebuah kerajaan.

Malah katanya rakyat semakin berfikir secara kritis terhadap dasar serta keputusan yang dibuat oleh kerajaan.

“Saya selalu kata bahawa rakyat mengambil 20 tahun untuk benci Mahathir, sekarang kita suka balik. Tapi 20 tahun rakyat baru sedar nak jatuhkan kerajaan dan BN.

“Tun Abdullah Badawi dua penggal pegang kerajaan baru rakyat nak lawan dia. Najib satu penggal sahaja orang sudah lawan dia.

“Untuk kerajaan baharu hanya enam bulan sahaja rakyat akan benci. Memang betul, rakyat sudah benci. Kita bukan jadi jahat tetapi rakyat makin cerdik.

“Apa yang kita lakukan rakyat akan kritik kerana ada kebebasan. Kerana kritikan itu dulu kita kena fikir dulu sebab ada pemantauan daripada Cawangan Khas. Tapi sekarang tidak ada. Senang sahaja kritik kerajaan. – 7 September 2019.

2 COMMENTS

  1. Pandai kau berlakun Tian Chua. Kau lah yang melenting bila kena komen dari rakyat. Memang kau cakap tidak jadi jahat tapi sebaliknya.

  2. Siapa berani nak komen pemimpin pendokong2 PH ? Silap2 kena sue kor dalam…..mampus bankrupt sampai Mari… .z

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.