Tun pernah jadi buruh?

1

TIDAK faham dengan Tun M.

Dok reminiscing (mengingatkan) kenapa orang Melayu tidak mahu jadi buruh kasar British ketika zaman penjajahan dulu dan hairan kenapa orang Melayu tidak mahu jadi buruh kerja berat pada zaman sekarang hingga menyebabkan Malaysia kini ada 7 juta pendatang asing.

Tun,

Orang Melayu zaman British bukannya malas sebab itu, tidak mahu jadi buruh kasar, akan tetapi mereka berprinsip, tidak ingin dipertuankan dan enggan mengabdi diri pada tuan putih.

Berbeza sekali di zaman ini, anak muda Melayu bukan tidak mahukan kerja berat kerana malas, perasaan jadi ‘tuan’ atau takut dengan kerja tersebut.

Akan tetapi isunya adalah gaji yang tidak kompetitif versus kos sara hidup yang makin meningkat.

Kalau tidak masakan ribuan anak Melayu berkelana ke Australia dan New Zealand menjadi pengutip buah secara haram di sana.

Kerja teruk dan hidup berhimpit-himpit bagaikan Bangladesh di Malaysia untuk mencari pendapatan yang lebih lumayan?

Atau ribuan anak Melayu yang kini sanggup menjadi rider food panda dan grabfood yang bergadai nyawa membawa motosikal, meredah hujan, terik panas lebih 12 jam sehari hanya semata-mata untuk mencari pendapatan yang lebih kompetetif?

Atau ribuan anak Melayu yang berpagian seawal 4:30 pagi setiap hari bersengkang mata meredah causeway berjam-jam ke Singapura semata-mata nak bekerja sebagai tukang sapu atau atau pembasuh pinggan direstoran di sana hanya kerana gaji yang lebih tinggi?

Atau anak-anak Melayu yang berkerja sebagai buruh di pelantar-pelantar minyak, tarik kabel sampai nak terkeluar rembong, tinggal anak bini berbulan-bulan, bersabung nyawa tinggal di lautan untuk mencari gaji yang lebih berbaloi?

Tuntasnya anak muda Melayu hari ini sanggup bekerja keras dan berat tapi mereka mahukan kualiti kerja yang baik dengan gaji ‘bermaruah’.

Jadi cukup-cukuplah Tun menyalahkan orang Melayu itu ini jadi ‘tuan’ bagai kerana tidak mahu menjadi ‘buruh’.

Cermin diri Tun sendiri,

Adakah Tun pernah jadi buruh?
Anak-anak Tun jadi buruh?
Cucu cicit Tun jadi buruh?

Tun sebagai ketua negara patutnya tanya diri sendiri kenapa rakyat tidak mahu jadi ‘buruh’?

Tun yang sepatutnya ciptakan peluang pekerjaan yang lebih baik, uruskan polisi-polisi yang memenangkan golongan pekerja daripada syarikat dan kapitalis dan bukannya memanjang asyik nak salahkan rakyat di bawah itu dan ini.

Dan lagi satu kenapa hanya anak-anak Melayu yang menjadi punching bag Tun untuk buat kerja-kerja buruh di zaman ini?

Kenapa Tun tidak suruh sekali anak Cina dan India juga sertai anak Melayu buat kerja buruh ini sekali?

Maka lagi cepatlah kita hantar semua pendatang ni pulang ke negara masing-masing kan?

Ataupun apakah Tun ni sememangnya sasarkan nak orang Melayu ni semua jadi ‘buruh’ ke?

Tertanya-tanya juga. – 7 September 2019.

KHAIRUL AZRI,
Penulis portal MyTwoCents.

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

1 COMMENT

  1. Congratulations to you, Brother Khairul Azri for writing the above article. Hope it can reach every Muslim in this country. I agree with you that PH shows more concern for the corporate capitalists than for the poor ordinary Malaysians. PH’s popularity is only in urban areas. People in the villages have opened-up their eyes to what happened after the last election. At the moment, the Kampung folks show a lot of regrets for voting PH. The famous Italian Machiavelli wrote in his book the following quote ” Before you get the power, tell them what they want to listen. But when get the power, do the things you want to do”. I guess PH is following exactly what has been mentioned in the ‘Prince’

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.