SIKAP membisu orang Melayu dalam PKR, AMANAH dan BERSATU terhadap sindiran Tun Mahathir Mohamad bahawa orang Melayu malas amat menghairankan.

Tidak mungkin Perdana Menteri hanya menyampaikan mesej berbaur sindiran itu kepada orang Melayu dalam UMNO dan PAS sahaja.

Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad percaya sindiran Tun Mahathir itu ditujukan kepada orang Melayu di dalam PKR, AMANAH dan BERSATU.

Beliau juga percaya kenyataan Mahathir itu didorong kemarahan kerana ramai orang Melayu yang tidak mahu menyokongnya.

Ini katanya, Mahathir sedar bahawa kerusi yang dimenangi Bersatu pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu tidak banyak seperti mana dimenangi UMNO dan PAS sekali gus menyebabkan parti yang diketuainya kelihatan lemah.

“Saya nak tanya orang Melayu dalam PKR, Amanah dan Bersatu tak marah ke Tun Mahathir kata macam itu?

“Tun Mahathir hentam Melayu malas ini termasuklah dalam PKR, Amanah dan Bersatu.

“Melayu dalam UMNO dan PAS ini Melayu yang rajin, yang malas ini Melayu Amanah, Melayu PKR dan Melayu Bersatu.

“Tun Mahathir marahkan orang Melayu sebab tak sokong dia. Itu sahaja. Orang Melayu ramai dalam UMNO, ramai dalam PAS. Dia marah PAS dan UMNO lagi banyak daripada kerusi Bersatu,” katanya.

Semalam, Tun Mahathir dalam tulisan di blognya menggesa orang Melayu sedar terhadap apa yang berlaku kepada mereka sehingga dibelenggu kemiskinan sekiranya terus malas untuk bekerja. – 7 September 2019.

2 COMMENTS

  1. Datuk Saarani Mohamad is using reverse psychology. Good work. Keep up the good work! Because of money, position and popularity, Muslims leaders in PH have sold their soul to the enemies of Islam. They have betrayed their own race and religion. What Allah can offer is beyond comparable to what they get in their political parties.

  2. Was it the hard working Malays with integrity in umno that try to stop millions siphoned by their leaders or was it somebody else?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.