SEKITAR bulan Ogos dan bulan September setiap tahun sejak kebelakangan ini perbincangan mengenai sejarah kemerdekaan negara sentiasa panas, termasuklah usaha untuk mengubah kandungan buku teks sejarah yang digunakan di sekolah-sekolah dalam negara ini.

Usaha untuk mengubah kandungan buku teks sejarah, khususnya yang membabitkan sejarah kemerdekaan negara, sebenarnya bukanlah sesuatu yang baru kerana pada 3 September 2005 lagi ia telah diperkatakan oleh seorang pemimpin DAP, iaitu Ronnie Liu Tian Khiew.

Ronnie Liu, selaku Setiausaha Antarabangsa DAP dan Ketua Biro NGO DAP, menyebut secara rasmi bahawa buku teks sejarah tidak memberikan gambaran sebenar mengenai sejarah kemerdekaan negara kerana tanpa tekanan PKM negara tidak akan merdeka.

Pada 17 September 2013, Teresa Kok Suh Sim, selaku Naib Pengerusi DAP, pula menyebut secara rasmi bahawa Chin Peng memberi sumbangan kepada negara kerana sewaktu Perang Dunia II Chin Peng mengetuai perang gerila terhadap penjajah Jepun dan penjajah British.

Usaha ini mencapai momentum baru selepas PRU 14 di mana bekas ahli PKM, Au Heng Kong (Zhou Tong), sendiri dibawa berucap dalam forum “Sejarah Rakyat Mengenai Darurat Malaya” di Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor pada 29 Julai 2018.

Kata beliau: “Dalam PRU 14 ini sudah sampai matlamat kami”, “Kami juga curahkan tenaga dan berusaha untuk menyokong calon-calon PH, jadi kemenangan PH adalah satu usaha daripada pihak kami”, “Perlu betulkan sejarah, PKM yang memperjuangkan kemerdekaan”.

Dalam forum “Memikirkan Semula Kepelbagaian Budaya dalam Sistem Pendidikan Malaysia” di Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor pada 5 Ogos 2019, Dr Tajuddin Rasdi dari UCSI University juga menyebut mata pelajaran sejarah perlu di”revamp”.

Dalam forum “Naratif Malaysia Baharu” di Mega Chinese Methodist Church pada 14 September 2019, Dr Lee Kam Hing dari New Era University College akan membicarakan ketidakcukupan silabus mata pelajaran sejarah untuk membawa Naratif Malaysia Baharu.

Lebih baru adalah tulisan yang disiarkan dalam lidah rasmi PKR, Suara Keadilan, keluaran 4 September 2019, yang turut mempersoalkan kandungan buku teks sejarah yang didakwa “tidak jujur menceritakan hal sebenar (mengenai perjuangan menuntut kemerdekaan)”.

Kata Suara Keadilan: “Hakikatnya UMNO dan PAS bukanlah parti terawal ditubuhkan dan memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. Parti terawal ialah Parti Komunis Malaya (PKM) pada 1930. Keahliannya didominasi kaum Cina, bertujuan menuntut kemerdekaan.”

Perkara begini sebenarnya hanyalah satu ulangan kepada usaha Chin Peng sendiri dalam rundingan damai pada 1989 yang mahukan Kerajaan Malaysia menggantikan patung tentera di Tugu Negara dengan patung baru yang turut mengandungi tokoh komunis sebagai hero.

Pelik juga bila seruan begini semakin mengganas sedangkan tokoh sejarah seperti A J Stockwell dalam tulisan beliau di Journal of the Royal Asiatic Society keluaran November 2006 telah menolak usaha untuk menobatkan PKM dan Chin Peng sebagai hero negara.

Kata Stockwell, Chin Peng tidak boleh dianggap sebagai nasionalis kerana tulisan beliau sendiri menyebut perjuangan beliau didorong oleh patriotisme Cina, begitu juga hujah beliau bahawa perjuangan PKM mempercepatkan kemerdekaan negara yang tidak meyakinkan. – 8 September 2019.

DR KAMARUL YUSOFF
Penganalisis politik

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

4 COMMENTS

  1. Orang buta sejarah jaa yang sokong DAP itu. Atau generasi pertama atau kedua. Sebab buta sejarah. Atau penyokong DAPigs.

  2. Org2 Melayu yg sokong DAP, nnti bila buat knduri @baca doa, baca tahlil, baca yassin bolih la jemput LGE, Lksiang tlong baca. X payah la jmput jiran2 Melayu.

  3. Hanya anjing dan babi yang agongkan komunis malaya banyak kaum keluarga kita yang terbunoh dan cedera angkara komunis malaya komunis malaya taat pada negara cina sedarlah babi babi ooi luka lama masih berdarah anjing tui tui tui ,

  4. Haaaa Ko org dari gerombolan penyelamat cucu cicit PKM yg sekarang sedang gigih utk mengubah fakta sejarah Malaysia Merdeka. Ko org yg aku maksudkan itu, pendokong dan penyokong PKR, PAN, PBBM serta NGO Melayu yg terlibat. 31/08/1957 tarikh kemerdekaan Tapi mengapa serangan gerila PKM masih berterusan aktif dibelentara utk menganggu gugat kesejahteraan dan keamanan negara. Sampai sekarang PKM tidak membuat pengisytiharan berundur keluar dari hutan .Hanya sekadar DIAM sahaja, kemudian meminta suaka politik KOMUNIS dari Thailand. Dengan mewujudkan Kampong Bekas Komunis disempadan M’sia/Thai. Dimana fakta Kemerdekaan Malaysia hasil perjuangan PKM. Melainkan pembohongan semata-mata dari talibarut komunisme DAPic.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.