BEBERAPA tahun lalu, Bangsa DAP pernah memboikot produk keluaran Gardenia selepas syarikat itu dikuasai oleh ahli perniagaan Melayu.

Demikian pendedahan Setiausaha Agong Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Dr Maamor Osman ketika dihubungi.

Bahkan menurut Maamor, sejak dahulu bangsa DAP secara berterusan memboikot beberapa perkara dan produk lain milik Muslim termasuk akhbar Utusan.

“Terkini mereka memboikot pula tulisan Jawi,” kata Maamor.

Tindak balas orang Melayu dan Islam sebenarnya berlaku akibat sikap bangsa DAP yang terlebih dahulu melakukan boikot dan kempen utamakan produk bangsa DAP.

Namun, tindakan Melayu Muslim yang melancarkan kempen ‘Utamakan Produk Muslim’ dicanang oleh bangsa DAP sebagai rasis dan bermacam gelaran lain.

“Mereka (bangsa DAP) memang perangai macam itu. Mereka buat perkara yang sama (boikot) sebelum ini. Mereka fikir orang lain akan buat perkara yang sama.”

Malah, DAP menyalahkan UMNO dan PAS kononnya menghasut supaya memboikot dan berkempen supaya orang ramai membeli produk Muslim.

Menurut Maamor, tuduhan DAP itu hanya untuk mendapat keuntungan politik. Hal ini kerana, mereka melihat hubungan kedua-dua parti Melayu itu makin kukuh.

“Bagi mereka, kejayaan kerjasama politik UMNO dan PAS merupakan suatu kekalahan kepada mereka.”

“Dasar mereka ialah ‘pecah dan perintah’ kepada orang Melayu. Mereka menjadi pengadu domba dan duri dalam daging. Kini orang Melayu sudah sedar,” katanya lagi.

Menurut Maamor lagi, itu tidak termasuk diskriminasi syarikat milik bangsa DAP terhadap pekerja Melayu Muslim.

Katanya, ramai pekerja Melayu yang lebih tinggi kelayakannya dan bagus bekerja tetapi bangsa mereka pula yang lebih cepat naik pangkat.

Begitu juga, ada syarikat yang meletakkan ‘boleh berbahasa mandarin’ sebagai syarat untuk memohon kerja. Tidakkah itu juga rasis? – NTHQiBord, 8 September 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.