ALLAHYARHAM Tan Sri Azizan Abdul Razak pernah berpesan kepada kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki kira-kira 10 tahun lalu.

Kini, pesanan Almarhum bakal menjadi realiti pada 14 September 2019 ini.

“Masih kuat diingatan kata-kata Arwah Datuk Azizan kepada saya.”

“Asyraf, anta kena istiqomah dalam UMNO untuk perkukuhkan Islam, siapa tahu satu hari nanti Allah pertautkan kembali PAS dan UMNO!”

“Tidak sangka, kata-kata yang diungkapkan lebih 10 tahun lalu, insya-Allah kini akan direalisasikan pada 14 September ini,” Kata Asyraf.

Catatan Asyraf itu dibuat selepas suatu ceramah dan menziarahi makam pimpinan PAS di Muassasah Darul Ulum Pokok Sena, termasuklah Almarhum Datuk Fadzil Noor, Almarhum Tan Sri Azizan dan Almarhum Datuk Abdul Aziz Hanafi.

Menurut Asyraf, beliau rapat dengan pimpinan PAS terbabit kerana mereka merupakan rakan kepada ayahnya ketika sama-sama menuntut ilmu di Universiti Al-Azhar, Mesir.

Fadzil Noor merupakan Presiden PAS dari tahun 1989 hingga 2002. Almarhum pernah menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen pada 1999 ekoran kekalahan Lim Kit Siang.

Azizan pula merupakan Menteri Besar Kedah ke-10 bermula tahun 2008 hingga 2013.

Almarhum menjadi Menteri Besar selepas PAS dan Parti keadilan Rakyat membentuk kerajaan negeri Kedah atas kemenangan dalam pilihan raya umum Malaysia 2008.

Sementara itu Abd Aziz seorang ulama yang pernah dianugerahi Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Kedah pada tahun 2011.

Almarhum lulus Sarjana Muda dan Sarjana Syariah dan Undang-undang serta PhD dalam Perundangan Islam (Ekonomi Islam) dari Universiti Al Azhar. – NTHQiBord, 8 September 2019.

1 COMMENT

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.