MENTERI Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar mengesahkan bahawa kadar baharu tarif air bagi semua negeri kemungkinan diumumkan hujung tahun ini.

Pihaknya akan memastikan peratusan kenaikan tarif air itu kelak tidak membebankan rakyat.

Namun, perkara itu akan dibawa kepada Jemaah Menteri terlebih dahulu untuk dibincangkan.

“Setelah Jemaah Menteri bersetuju dengan kadar baharu ini baru saya akan umumkan kenaikan bagi setiap negeri, kemungkinan pada hujung tahun ini, tetapi saya tidak boleh janji apa-apa.”

“Kita faham situasi rakyat, tetapi pada masa sama yang rakyat perlu faham bahawa industri air sudah lama tidak ada perubahan dan ia memerlukan modal operasi yang besar,” katanya.

Isu kenaikan tarif air ini sudah lama diperdebatkan oleh rakyat.

Namun, selain isu kenaikan tarif air, perkara pokok yang masih belum selesai ialah masalah bekalan air bersih yang sering terganggu.

Perkara bekalan air bersih ini bukan sahaja melanda Lembah Kelang malah turut berlaku di beberapa buah negeri.

Kerajaan pusat dan negeri sepatutnya memberi keutamaan kepada perkara tersebut terlebih dahulu.

Sebarang kenaikan kepada tarif air ini akan meningkatkan lagi tekanan kepada ekonomi rakyat yang telahpun terbeban oleh dasar ekonomi kerajaan DAP-PH ketika ini. – 8 September 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.