AHLI perniagaan, Koon Yew Yin yang sebelum ini pernah dikecam kerana menghina anggota tentera, melahirkan perasaan gembira apabila kerajaan DAP-PH bercadang menghapuskan skim pencen kakitangan kerajaan.

“Saya sangat gembira apabila mendapat tahu Dr. Mahathir bercadang untuk melaksanakan cadangan saya bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan.”

“Cadangan ini juga akan meningkatkan mutu perkhidmatan awam yang mana Malaysia mempunyai jumlah kakitangan awam perkapita tertinggi di dunia,” katanya seperti dilapor beberapa media.

Sebelum ini Yew Yin mencadangkan kakitangan awam dikurangkan dan tiada lagi lantikan baharu dalam perkhidmatan awam di bawah skim tetap dan berpencen.

Semasa membuat cadangan tersebut Yew Yin turut menyebut bahawa anggota tentera hanya ‘makan dan tidur’ serta mencadangan tentera menggantikan buruh asing di ladang milik FELDA.

Yew Yin kemudiannya memohon maaf atas hinaan tersebut selepas mendapat kecaman pelbagai pihak.

Ekoran itu juga pada 19 Ogos lalu, Yew Yin dipanggil memberi keterangan di Balai Polis Jelapang.

Ahli perniagaan ini juga dikenali sebagai penyokong kuat DAP dan banyak memberi bantuan kepada parti itu dan Amanah.

Selain itu, sikap tidak patriotiknya turut kelihatan dalam blognya yang langsung tidak menggunakan bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu.

Jadi, apakah yang dapat diharapkan oleh orang sedemikian untuk memperjuangkan nasib orang Melayu apabila berkuasa penuh suatu hari nanti.

Dalam suasana hari ini pun sudah jelas agendanya, maka orang Melayu bumiputera dan warga Malaysia yang sama-sama menjunjung kontrak sosial perlu menolak mereka dan yang seumpamanya. – 8 September 2019.

4 COMMENTS

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.