MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Datuk Seri Mujahid Yusof dibidas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Mokhtar Senik.

Ini ekoran, kenyataan Mujahid di media yang menyatakan bahawa ‘Islam tak ajar umatnya pilih produk berdasarkan bangsa’.

“Orang kata ‘Dahulukan produk Muslim berbanding non Muslim’, dia faham beli produk berdasarkan bangsa.”

“Kekanda, Muslim itu terdiri daripada pelbagai bangsa. Sebagaimana bangsa itu terdiri daripada pelbagai agama,” kata Mokhtar.

Menurut Mokhtar, adakah Mujahid tidak faham bahasa Melayu sehingga tersasar daripada maksud asal kempen tersebut.

“Payah sangat ke nak faham bahasa Melayu ni? Masa sekolah dulu BM dapat berapa?” soalnya.

Kempen ‘Utamakan Produk Muslim’ dijalankan sebagai tindak balas umat Islam dan Melayu akibat sikap biadap bangsa DAP.

Selepas menguasai kerajaan Pakatan Harapan, penghinaan DAP dan Pro-DAP terhadap Islam semakin menjadi-jadi. Mereka juga mula lantang mempertikai hak istimewa orang Melayu/bumiputera.

Mereka dengan beraninya menyerang institusi raja-raja. Bahkan mula menghina bangsa yang merupakan kelompok majoriti negara ini dengan tuduhan Melayu bangsa pendatang, askar hanya makan dan tidur dan sebagainya.

Bahkan, mereka berani memboikot dalam isu tulisan jawi dan mengadakan demontrasi menentangnya.

Maka, kempen mengutamakan produk Muslim adalah jawapan kepada keangkuhan itu. – NTHQiBord, 8 September 2019.

7 COMMENTS

  1. Rasulallah saw apabila sampai di Madinah semasa hijrah telah melancarkan usaha untuk memecahkan monopoli Yahudi dalam ekonomi terutamanya Yahudi Bani Qainuqa

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.