BEKAS pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar (B) Zaidi Ahmad berpendapat kerajaan perlu mengkaji semula pencen untuk ahli politik terutamanya menteri-menteri Kabinet.

“Perlu berkhidmat sekurang-kurangnya dua penggal (10 tahun) baru layak dapat pencen. Kalau berkhidmat selama tiga tahun dah layak dapat pencen, ini amat tidak patut,” katanya.

Pada masa yang sama Zaidi tidak bersetuju Skim Pencen Perkhidmatan Awam dihapuskan.

Beliau turut mencadangkan agar kerajaan mengkaji semula supaya tidak ada pesara yang menerima pencen terlalu tinggi.

“Saya tak setuju pencen dihapuskan, wajar kaji semula agar tidak ada yang terima pencen terlalu tinggi,” katanya.

Namun, Zaidi menyifatkan skim pencen tentera yang menetapkan pencen hanya layak kepada yang berkhidmat melebihi 21 tahun adalah wajar.

“Bagi anggota tentera yang berhenti sebelum pencen adalah atas pilihan mereka sendiri,” katanya.

Zaidi dipecat daripada perkhidmatannya pada tahun 2015 selepas isu kontroversi kerana mencabar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung isu dakwat kekal.

Tindakan Zaidi itu dianggap bertentangan dengan etika kerjanya sehingga menjejaskan jawatan dan pencennya.

Cadangan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Borhan Dolah yang mengumumkan, cadangan skim perkhidmatan kontrak akan menggantikan Skim Pencen Perkhidmatan Awam bermula tahun depan.

Alasan yang diberikan ialah dapat mengurangkan beban kewangan kerajaan sehingga RM5 bilion setahun.

Namun, cadangan itu dilihat lebih kepada kelemahan kerajaan DAP-PH di samping sebagai usaha menghapuskan salah satu hak istimewa orang Melayu/bumiputera. – 8 September 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.