DI KALA Datuk Mujahid Yusof Rawa menulis karangan panjang mengkritik UMNO dan PAS, AMANAH sedang bergolak.

Pejuang asal penubuhan AMANAH semakin hari semakin ditolak oleh ahli akar umbi AMANAH.

Bekas Menteri Besar Perak, Nizar antara tokoh Parti AMANAH yang ditolak bulat-bulat oleh akar umbi.

Mujahid tidak perlu mengajar itik berenang, lihat sendiri parti yang setahun jagung, ianya ibarat “raga menanti pecah”.

Piagam yang akan termenterai ini bukan diangkat oleh mana-mana parti, ianya adalah lonjakan permintaan dari orang Melayu yang menyedari bahawasanya Islam sedang tergugat di tangan Pakatan Harapan.

UMNO dengan PAS pula sudah lama sungguh cuba untuk bersama-sama dalam perjuangan setelah berpecah sebelum ini.

Ramai pemimpin di kalangan PAS dan UMNO cuba untuk bersatu sebelum ini, namun sering kali digagalkan oleh pemimpin seperti Mujahid dan Khalid Samad.

Anugerah yang paling cantik untuk PAS adalah apabila AMANAH diwujudkan, pemimpin kaki lima yang menjual agama sudah keluar dari PAS, serupa juga yang terjadi dalam UMNO, pemimpin sampah semua sudah lari ke PPBM.

Dengan keluarnya kuman-kuman dari PAS dan UMNO, dengan kehendak Allah Swt, perpecahan yang selama ini dikeji oleh Allah swt telah bertemu dengan jalan penyelesaian.

Masanya sudah tiba untuk umat Islam di Malaysia bersatu dengan wadah perjuangan yang sama.

Kepada umat Islam, sambutlah salam dari PAS dan UMNO, satukan hati-hati kita yang sekian lama dibelenggu dengan perangai perpecahan, masa untuk kita menikmati keindahan kesatuan, keindahan rakan-rakan se-Islam kita yang sudah hilang penyakit prasangka.

Kita tinggalkanlah AMANAH, PPBM dan mana-mana parti yang mengkeji salam perpaduan ini. – 9 September 2019.

DATUK MOHD RAZLAN RAFII
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.