MELAYU pemalas kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ya betul, Melayu memang pemalas, hanya Melayu anak-anak Tun saja yang rajin bekerja dan berusaha sejak di awal kelahiran lagi, sebab itu anak-anak Tun semuanya jutawan dan hartawan.

Tun M tak habis-habis katakan Melayu di negara ini pemalas, siapa yang jadikan Melayu pemalas, bukankah Tun yang didik Melayu menjadi pemalas dengan budaya kronisme.

Melayu bagi saya tidak pemalas, malah, Melayu hari ini cukup rajin berusaha.

Dalam keadaan ekonomi yang cukup menekan hari ini dengan kos sara hidup semakin tinggi, ramai Melayu terpaksa buat dua atau tiga kerja dan terpaksa bekerja siang, malam untuk memenuhi tuntutan hidup.

Melayu yang malas ada dalam Pakatan Harapan (PH), ada dalam PPBM, dalam PKR dan PAN. Melayu pemalas juga ada dalam Kabinet Tun Mahathir.

Kenapa saya kata Melayu dalam Kabinet Tun Mahathir pemalas? Sebab Melayu atau Menteri Melayu dalam PH malas dan takut mempertahankan bangsa Melayu, Islam dan Raja-Raja Melayu bila dihina.

Melayu dalam PH malas mempertahankan pasukan keselamatan negara atau tentera yang dihina, dipersenda dan dilecehkan oleh ahli perniagaan yang kaya-raya.

Melayu PH malas, ambil tahu apa masalah rakyat, asalkan gaji menterinya berpuluh ribu.

Melayu dalam Kabinet Tun M juga malas ambil tahu perihal ekonomi yang kian mengucup di bawah Menteri Kewangan DAP, dengan nilai mata wang yang terus merosot dan merudum.

Amat menghairankan kenyataan Tun Mahathir tentang Melayu pemalas keluar ketika umat Islam yang rata-ratanya Melayu, bersatu hati bagi membangunkan ekonomi ummah dengan menggerakkan kempen beli barangan Muslim, ketika mana bangsa Melayu ditekan dari segenap sudut di bawah pentadbiran PH.

Tun, cukup-cukuplah tuduh Melayu bangsaku pemalas, Melayu tak pemalas Tun, tetapi hak Melayu sering dinafikan, hak Melayu sering dipersoalkan, hak Melayu sering dicantas oleh kroni-kroni Tun.

Cukup-cukuplah Tun kata Melayu pemalas, apakah dasar kerajaan pimpinan Tun hari ini sudah tidak lagi mahu pedulikan Melayu. – 9 September 2019.

MOHD HAIRI MAD SHAH,
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor.

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

2 COMMENTS

  1. Biarkan Si Tua Bengka tu nak kata apa pun kat Bangsa Melayu. Perangainya bukan baru ni dah berpuluh tahun. Mungkin dia naik bengang sebab lihat Melayu dah bersatu dan peluang dia nak menipu orang Melayu dan menggunakan hak2 istimewa Bumiputra untuk menyamun dan menkayakan anak2 dan cucu cicitnya dah makin sukar. Yang penting orang Melayu jangan mudah melatah, teruskan usaha Penyatuan Ummah di bawah Umno-Pas dan teruskan kampen memperkasakan ekonomi kaum Bumiputra/Muslim melalui slogan ” Buy Muslim First”. Orang Melayu jangan sekali-kali layan kanyataan2 Bangsa DAP dan hamba2 Melayu mereka dalam PH yang sengaja menukarkan kampen itu kepada Boikot Barang Bukan-Muslim untuk menanam kebencian bangsa asing terhadap kaum Melayu dan produk2 Muslim. Sudah sampai masanya kaum Melayu membuang jauh sifat baik-sangka dan apologik terhadap puak2 kurangajar tersebut. Biar kita dipanggil kurang ajar kerana itu akan menaikkan taraf bangsa Melayu setanding dengan kurang ajar dan biadab mereka selama berpuluh tahun.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.