MUNGKIN benar kata-kata Dr Zakir Naik bahawa penduduk berbangsa India di negara ini lebih ‘setia’ kepada pemimpin di negara India.

Pendakwah Islam itu berkata bahawa penganut Hindu di Malaysia lebih setia kepada Perdana Menteri India, Narendra Modi berbanding Dr Mahathir Mohamad walaupun menerima “100 kali” hak berbanding umat Islam di India.

Hal ini dikukuhkan lagi dengan tindakan sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di Sungai Siput, Perak yang memaparkan lukisan mural didakwa tokoh pemimpin dari negara India.

Mural itu mencetuskan persoalan dalam kalangan netizen apabila itu tular sejak kelmarin selepas gambar itu dimuat naik seorang warganet dipercayai diambil dari dinding SJKT Mahatma Ghandi Kalasalai.

Rata-rata netizen mempersoalkan kenapa gambar pemimpin tempatan tidak dijadikan sebagai lukisan, sebaliknya pemimpin dari negara asing dipilih.

Sedangkan terdapat pemimpin dalam kalangan kaum itu yang berjasa kepada negara seperti Tun V T Sambanthan dan Tun S Samy Vellu.

Guru besar sekolah itu, T Muthuselvan memberi alasan bahawa ukisan mural di kawasan sekolah berkenaan belum lagi disiapkan dan lukisan mural seterusnya di dinding dalam kawasan sekolah akan dilukis dengan wajah tokoh negara.

Alasannya itu juga menimbulkan persoalan tentang kenapa perlu mengangkat pemimpin luar dahulu dan kenapa mural pemimpin negara diletakkan di dalam kawasan sekolah, bukannya di luar?

Katanya, lukisan mural itu adalah projek diilhamkan bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan masih belum siap sepenuhnya manakala gambar ditular hanya mural di luar pagar sekolah.

Muthuselvan memberitahu, perkara itu seharusnya tidak perlu diperbesarkan kerana projek itu akan disusuli dengan projek menceriakan dinding bahagian dalam halaman sekolah dengan menginspirasikan tokoh tempatan.

“Mural seperti ditularkan baru sahaja siap kira-kira dua minggu lalu dan kita sememangnya sudah merancang untuk menyambung semula projek ini dalam halaman kawasan sekolah dalam masa terdekat,” jelasnya.

Namun, tidak dijelaskan kenapa wajah pemimpin India digunakan dalam mural berkenaan sebaliknya Muthuselvan menjelaskan, ia adalah “situasi sama di banyak SJKT yang lain”.

“Kalau kita lihat di SJKT lain pun, situasinya sama iaitu gambar tokoh pendeta bahasa Tamil akan menghiasai pagar sekolah di bahagian luar.

“Tambahan pula, kami sudah pun merancang sejak sebulan lalu selain memperuntukkan ruangan di sebelah dalaman perkarangan sekolah yang akan dihiasi gambar bertemakan tokoh sasterawan dalam negara termasuk Usman Awang,” katanya. – 9 September 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.