SAYA terpanggil untuk memberi reaksi laporan khas sebuah akhbar tempatan yang membongkar mengenai usaha kerajaan mahu menutup 21 daripada 27 Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara secara berperingkat tahun depan.

Sekiranya benar ia akan berlaku saya berpendapatan usaha ini adalah tidak wajar kerana kita sememangnya perlu meneruskan usaha-usaha melahirkan guru melalui latihan praperkhidmatan.

Sepertimana yang telah diusahakan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini IPG berfungsi untuk melatih guru pengetahuan kandungan pedagogi.

Ia diperlukan untuk mengajar kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) demi melahirkan murid yang mampu bersaing di peringkat global.

IPG juga jadi platform pelajar lepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum melanjutkan pelajaran dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).

Perkara itu sendiri digalakkan YB Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik sebelum ini.

Jika IPG ditutup dan ditukar konsepnya, bagaimana kita mahu lahirkan lebih ramai lagi guru yang terlatih dan cemerlang?

Adakah perkara ini telah diteliti kesan jangka panjangnya? Tidakkah keputusan menutup IPG ini dianggap terburu-buru?

Saya persoalkan kerajaan apa sebenarnya menyebabkan IPG hendak ditutup secara berperingkat. Adakah kerana kurang sambutan atau bagaimana?

Sekiranya kurang sambutan dan kerajaan mengalami kemorosotan pelajar maka peranan kerajaan untuk menyebarkan maklumat mengenai kekuatan IPG. Ambil langkah menutup secara berperingkat tidak menyelesaikan apa-apa.

Saya tuntut penjelasan daripada Kementerian Pendidikan dan saya membantah perkara ini sekiranya benar laporan sebuah akhbar tersebut. – 10 September 2019.

DATUK JALALUDDIN ALIAS,
Ahli Parlimen Jelebu.

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.