BEKAS Menteri Pendidikan Malaysia, Datuk Seri Mahdzir Khalid meminta Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik merujuk Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan isu Institut Pendidikan Guru (IPG).

Isu ini timbul selepas tersiar dalam akhbar semalam yang menyatakan 21 daripada 27 IPG akan ditutup.

Maszlee kemudiannya mengatakan keputusan itu dibuat oleh kerajaan lama yang merujuk kerajaan Barisan Nasional.

Namun, Mahdzir Khalid menyatakan bahawa kenyataan Maszlee itu tidak tepat sama sekali. Tidak ada penutupan tetapi bertukar fungsinya sahaja.

“Macam mana Dr Maszlee Malik boleh sebut polisi kerajaan terdahulu nak tutup 21 IPG daripada 27 IPG.”

“Keputusan dibuat oleh kerajaan BN yang lalu hanya 11 IPG akan bertukar fungsi kepada Kolej Vokasional, Politeknik dan Permata Pintar.”

“IPG tidak pernah ditutup tetapi bertukar fungsi itu pun melibatkan hanya 11 IPG,” kata Mahdzir.

Mahdzir juga mahu semua pihak merujuk perkara itu dalam suatu kenyataan yang pernah dibuat oleh KPM pada 2016 yang lalu.

“Terdapat 27 kampus IPG diseluruh negara dan sembilan daripadanya akan ditukar kepada Kolej Vokasional atau Politeknik.”

“Tambahan kepada itu dua (2) daripada 27 akan dijadikan sebagai pusat Permata,” kata kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan itu juga baki 16 lagi IPG akan kekal untuk menampung pengambilan baharu bagi Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP).

Bermula tahun 2017, pengambilan guru pelatih PISMP akan kekal pada unjuran 1,600.

Sementara itu, IPG yang ditukar perananya tidak akan membuat pengambilan guru pelatih yang baharu.

Bagi tenaga pengajar di 11 IPG yang terlibat akan diberi pilihan sama ada kekal atau berpindah ke intitusi pendidikan lain tanpa menjejaskan opsyen dan gred jawatan masing-masing. – 10 September 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.