BARU-baru ini lima pemimpin PH iaitu M Kulasegaran, Dr P Ramasamy, Charles Santiago, Satees Muniandy dan Dennis Ignatius diarah oleh Ketua Polis Negara untuk diambil keterangan dalam isu Dr Zakir Naik.

Namun, yang menimbulkan kerisauan dalam kalangan rakyat ialah sikap pemimpin DAP lain yang mempersoalkan tindakan pihak polis itu.

Antara pemimpin DAP yang mempertikai tindakan polis itu ialah ADUN DAP Sungai Pelek, Selangor yang juga AJK Pusat DAP Ronnie Liu Tian Khiew.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor, Roslan Shahir Datuk Mohd Shahir menganggap sikap Ronnie Liu itu keterlaluan dan melampau.

“Inilah DAP. Mereka semakin berani walaupun mereka sebahagian dari kerajaan.”

“ADUN DAP Selangor yang juga AJK Pusat DAP Ronnie menghasut kelima mereka agar tidak berkerjasama dengan pihak polis.”

“Sebagai penggubal undang-undang dan dari parti pemerintah Ronnie sepatutnya mendaulatkan undang-undang, tetapi beliau mengadu-domba dan menghasut kebencian,” kata Shahir.

Shahir turut menempelak pengundi di di DUN Sungai Pelek yang bersubahat wakil rakyat sebegitu.

“Inilah bahaya DAP. Inilah akibat apabila kaduk naik junjung. Inilah puncanya rakyat kena tolak DAP,” kata Shahir lagi.

Selain Ronnie, aktivis PKR, Kim Quek, pula mendesak Ketua Polis Negara menjelaskan mengapa beliau membenarkan pihak polis dipergunakan oleh seorang pelarian asing untuk mengacau-ganggu wakil rakyat dan mendakwa bukan tugas polis untuk menyiasat wakil rakyat itu.

Menurut penganalisis politik, Dr Kamarul Yusoff sikap Kim Quek itu tidak menghormati pihak polis.

“Anda sebagai pemimpin perlulah hormati pihak polis kerana jika anda tunjukkan sikap melawan pihak polis maka pastilah pengikut-pengikut anda yang berada di bawah akan lebih tidak hormat lagi,” katanya.

Dua hari lalu Polis memaklumkan akan memanggil lima, termasuk seorang menteri bagi merekodkan kenyataan mereka susulan satu laporan polis yang dibuat terhadap mereka oleh penceramah warga India, Zakir Naik. – 10 September 2019.

1 COMMENT

  1. Mereka x bekerjasama sebab mereka BERSALAH. Sila ambk tindakan, jgn berat sebelah. Pasal pengikut Syiah cepat pula ambil tindakan. Keempat empat mereka ni sangat2 BAHaYA.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.