MENTERI Kewangan, Lim Guan Eng melenting umpama ‘kera kena belacan’ yang mendakwa MCA gagal bersuara terhadap kempen boikot produk bukan Islam.

Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong membidas Guan Eng tidak paham soal kempen yang dilaksanakan baru-baru ini.

“Lim Guan Eng apa hal ini, melenting lagi macam kera kena belacan?

“Pada 2 September lalu saya dah buat kenyataan begitu jelas sekali, tak faham ke atau tak baca?.

“Kalau kamu tak baca, bukan salah saya.

“Tolong baca jangan malas. Saya tanya sendiri dengan (Presiden UMNO) Datuk Seri Zahid (Hamidi), dia kata mana ada UMNO buat,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam itu berkata, orang Islam berhak memilih produk halal dan mempertikaikan penguasaan bahasa Melayu Guan Eng seolah tidak memahami maksud sebenar kemoen berkenaan.

“Eh kamu macam tak faham bahasa, kena balik sekolah ambil SPM balik. Bahasa Malaysia kamu faham tak?

“(Antara) boikot dengan seseorang Islam kalau dia rasa was-was hendak beli barangan halal, itu dia punya pilihan.

“Kalau kamu anggap itu sebagai boikot barangan, saya sedih lah,” katanya.

Sebelum ini Guan Eng selaku Setiausaha Agung DAP itu dilaporkan berkata, walaupun UMNO dan PAS menafikan menganjurkan ‘boikot’ itu tetapi kedua-dua parti tersebut menyokong kempen berkenaan.

“Walaupun kempen boikot seperti ini, ia disesali ada parti politik bukan Islam atau bukan Bumiputera seperti MCA atau MIC, yang tanpa segan silu menjatuhkan maruah mereka dengan meneruskan kerjasama politik mereka dengan Pas dan UMNO.

“Setakat ini, mereka tidak berani bantah secara langsung kepada ‘master’ politik mereka dalam Pas dan UMNO,” katanya.

Dalam pada itu, Ka Siong menegaskan sebagai kerajaan, Pakatan Harapan berkuasa untuk bertindak sekiranya mendapati kempen ‘boikot’ sebegitu menyalahi undang-undang.

“Kamu sekarang ini kerajaan dan ada kuasa ambil tindakan jika kempen itu sabotaj ekonomi.

“Jangan buat cerita semberono.

“Jangan reka-reka cerita, tolong. Sekarang nak laga-laga kita kenapa.

“Kamu tak senang ke hidup secara harmoni?,” ujarnya. – 10 September 2019.

1 COMMENT

  1. Syabas Dato’ Wee Ka Siong. Berani menjawab persoalan dari lim guan eng. Sebenarnya bermula dari lim guan eng sendiri . Banyak peniaga2 dari bumiputera dianaktirikan.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.