MENTERI Pendidikan Dr Maszlee Malik menafikan laporan bahawa sebanyak 21 daripada 27 Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara akan ditutup pada tahun depan.

Sebaliknya, beliau berkata, cadangan penutupan IPG itu adalah dasar kerajaan terdahulu.

“Itu tidak benar (penutupan IPG), ia keputusan kerajaan lama. Kita minta pihak yang mengeluarkan berita supaya merujuk kepada kita dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan.

“Kenyataan itu tidak benar kerana ia merujuk polisi kerajaan lama,” katanya.

Dr Maszlee mengulas laporan akhbar tempatan hari ini mengenai 21 daripada 27 IPG di seluruh negara dicadang ditutup secara berperingkat mulai tahun depan.

Serentak itu, tahun ini difahamkan menjadi tahun terakhir pengambilan penuntut oleh 21 institut terbabit.

Laporan berita itu menyebut, selepas ini hanya enam kampus IPG dikatakan akan terus beroperasi dengan tanggungjawab lebih besar bagi melatih bakal guru diberikan kepada universiti awam (UA). – 10 September 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.