PRESIDEN PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu memohon maaf kepada UMNO kerana melabel parti itu sebagai kafir, kata Tun Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri itu berkata perkara tersebut perlu dilakukan sebelum kedua-dua parti Melayu dan Islam itu memeterai piagam kerjasama politik pada Sabtu ini.

Jelasnya, amanat Abdul Hadi satu ketika dulu masih relevan kerana pernah melabelkan UMNO sebagai kafir dan jika tidak ditarik balik, maka PAS juga adalah sama kafir seperti UMNO.

“PAS tidak pernah menarik balik kenyataan itu. Masih ada amanat Hadi kata UMNO kafir, kenyataan itu belum ditarik balik sehingga kini.

“Kalau PAS tidak mahu jadi kafir, buatlah kenyataan kami minta maaf kerana pernah kata UMNO kafir tapi sekarang mereka dah insaf.

“Tarik balik secara rasmi, barulah adakan piagam,” katanya.

Dalam satu ceramah umum di Kampung Banggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981, Abdul Hadi menyatakan bahawa PAS menentang UMNO kerana parti Melayu itu mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah.

Tun Mahathir juga berkata, kerjasama antara dua parti itu tidak memberi sebarang makna.

“Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pun tidak hentikan peperangan, apatah lagi piagam UMNO-PAS. Tidak akan jadi apa kerjasama itu.

“Dulu mereka bermusuh sekian lama, PAS kata UMNO kafir, kalau adakan kerjasama dengan orang kafir, jadi kafirlah,” katanya. – 10 September 2019.

3 COMMENTS

  1. Sama lah kot dulu Mahathir kata PKR dan DAP. Mahadir mudah lupa. Bukan melayu mudah lupa. Hahaha.

  2. Isu Memali macamana, Tun Mahathir yang perlu meminta maaf kepada Pas terlebih dahulu berhubung isu Memali, Kedah yang mengorbankan banyak nyawa.

  3. Xada sbb perlu minta maaf.. .Itu cerita lama.. Kamu yg patut minta maaf kpd seluruh rakyat malaysia sbb kamu menipu rakyat malaysia dgn janji kosong, kerana nk jd PM kamu tipu seluruh rakyat…dn jg harta kekayaan kamu ank baransk hasil rompak dn curi harta dn duit rakyat. ..kamu akn tahu nti bila jawatan PM akn terlucut. .Kamu akn mati dlm penjara krn dosa dosa kamu ..

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.