SIAPA sebenarnya Menteri Pertahanan negara, kenapa Liew Ching Tong yang merupakan Timbalan Menteri Pertahanan merangkap Pengarah Strategik DAP lebih menonjol daripada Mohamad Sabu (Mat Sabu).

Persoalan itu disuarakan oleh Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi Facebook rasminya yang memuat naik keratan laporan wawancara Chin Tong dengan sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan sambil mempertikaikan Chin Tong dilihat sentiasa tampil dalam dada akhbar.

“Siapa sebenarnya Menteri Pertahanan Negara?

“Nampaknya Pengarah Strategik DAP merangkap Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong lebih menyerlah dan menonjol dalam berwacana mengenai dasar-dasar dan polisi-polisi pertahanan negara.

“Apa pendapat semua?,” katanya.

Namun Setiausaha Politik Menteri Pertahanan, Mohd Azhar Mat Dali menafikan kenyataan itu dengan berkata, tidak timbul isu siapa yang lebih menonjol dalam mengangkat dan berwacana mengenai polisi pertahanan kerana PH sentiasa mengamalkan keterbukaan dalam memberi pandangan dan idea.

Jelasnya, Chin Tong merupakan seorang anak muda yang kritis dan sarat dengan pandangan membina ke arah pembentukan sebuah negara bangsa yang ideal.

“Penulisan-penulisan beliau merentas isu dalam dan luar negara amat bersesuaian dengan posisi beliau sebagai Pengarah Strategi Parti Tindakan Demokratik.

“Seawal hari pertama menjalankan tugas Timbalan Menteri Pertahanan, beliau dan Mohamad Sabu telah menjadi satu pasukan yang lebih akrab.

“Mohamad Sabu sebagai pemimpin yang berpengalaman dalam politik, orang lama dalam perjuangan amat bijak menilai dan memilih regu dan pasukan kerja beliau,” katanya.

Tambah Mohd Azhar, kerana kemampuan Chin Tong, Mat Sabu sendiri telah memberi tugas dan peranan khusus kepada Chin Tong termasuklah membantu kementerian menyiapkan Kertas Putih Pertahanan.

“Bagi tujuan ini, beliau membuka ruang seluas-luasnya kepada Chin Tong dan sesiapa sahaja untuk menggarap serta melontar idea selagi mana ia dalam ruang lingkup kementerian.

“Perbincangan antara kedua-duanya sering berlaku malah melibatkan juga kepimpinan tertinggi kementerian bagi memastikan sesuatu isu dapat difahami dan diputuskan secara bersama.

“Maka tidak timbul soal siapa yang lebih menonjol kerana semua perkara yang dibangkitkan adalah dalam pengetahuan bersama,” katanya.

Tindakan pemimpin pembangkang mempersoalkan penonjolan Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong di dada akhbar berbanding Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu disifatkan gagal memahami pembaharuan dan pendekatan diamalkan kerajaan Pakatan Harapan (PH). – 10 September 2019.

1 COMMENT

  1. Semua org tahu apa kelulusan mst sabu, dia mmg xreti apa2 dlm apa jg kerja.. Mkn gaji dan alaun buta… Mrrugikn negara.. Lagi pun mat sabu PRO komunis.. Pergi jahanamlh ATM.. Yg penting gaji aku…

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.