Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad.

BUKAN PAS, tetapi Tun Mahathir Mohamad yang perlu meminta maaf kepada parti Islam itu, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.

Terdahulu, Tun Mahathir meminta PAS memohon maaf kepada UMNO kerana melabel parti Melayu itu sebagai kafir.

Namun Asyraf berkata, bukan giliran Pas yang perlu meminta maaf kepada UMNO berhubung isu tuduhan kafir.

“Tun Mahathir yang perlu meminta maaf kepada Pas terlebih dahulu berhubung isu Memali, Kedah yang mengorbankan banyak nyawa.

“Dr. Mahathir boleh membuat permohonan maaf tersebut secara terbuka,” katanya.

Asyraf berkata, kejadian di Memali juga berlaku pada waktu Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri keempat.

“Beliau (Dr. Mahathir) perlu bertanggungjawab berhubung perkara ini. Ini bukan isu kafir atau Islam tetapi melibatkan kematian banyak nyawa.

“Pas juga boleh mengembalikan semula peristiwa sewaktu Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri keempat. Beliau tidak memohon maaf sehingga ke hari ini berhubung peristiwa di Memali,” katanya.

Pas perlu menarik balik kenyataan bahawa UMNO adalah parti kafir terlebih dahulu sebelum kedua-dua parti memuktamadkan kerjasama mereka melalui pemeteraian satu piagam pada Sabtu ini.

Menurut Tun Mahathir, kenyataan yang pernah disuarakan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dahulu masih belum ditarik balik secara rasmi oleh parti berkenaan bagi membolehkan mereka bekerjasama dengan UMNO.

Asyraf berkata, hal minta maaf itu tidak menjadi isu kerana ia merupakan perkara yang sudah lepas.

Pada waktu ini, katanya, PAS dan UMNO dalam manifestasi untuk membina negara.

“Kami hendak membina negara Malaysia yang asal. Kami perlu hormat antara satu sama lain. Asas yang paling kuat untuk kedua-duanya adalah Melayu dan Islam,” ujarnya. – 10 September 2019.

5 COMMENTS

  1. Bodoh nye Asyraf ni..orang Cite UMNO dan pas bersatu..Dah kafir nk bersatu mcm mana..bg la idea jernih sikit

    • Itu jernih lah bagi Asraf. Keruh bagi Mahadir. Lau melayu bersatu. Jadi mereka bukak lah ceta masing. Macam cerita panglima Do RE me. Khahaha.

    • anonymous,ko tu yg bodoh..sedap mulut kata org..ko cerdik sangat ke??klu cerdik tak sewenang nya tuduh org lain bodoh..ko yg bengab…

  2. Cukup2lah Tun… Yg lepas biarlah lepas.. Kita sesama Islam nak bersatu… ..walau apapun situasi nya…bila bab nak bersatu wajib kita sokong. Klu nak diungkit…apa kurangnya Tun…Sejarah Tun dgn DSAI..DAP…dll2nya.. Sekarang semua Tun peluk dan cium padahal dulu Tun ludah dia orang semua…Dah tua sangat kita ni…baliklah..

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.