Dividen KWSP untuk tahun 2017 adalah 6.9%.

Selepas PRU14, ekonomi merosot dan divden KWSP jatuh ke 6.15% untuk tahun 2018.

Minggu lepas, KWSP mengumumkan prestasi mereka untuk suku kedua tahun 2019.

Pendapatan mereka jatuh sedikit ke RM12.31 bilion berbanding tahun suku kedua tahun 2018.

Perlu ingat bahawa suku kedua tahun 2018 ialah tempoh selepas PRU14 di mana pasaran saham kita telah jatuh teruk

Tapi prestasi suku kedua tahun 2019 jatuh lagi berbanding tempoh yang teruk itu.

Untuk suku pertama tahun 2019 pula, pendapatan KWSP telah jatuh 25% dari RM12.88 bilion ke RM9.66 bilion.

Ini bermakna pendapatan kasar untuk separuh tahun pertama 2019 cuma RM21.97 bilion iaitu hanya 43% dari pendapatan RM50.88 bilion untuk seluruh tahun 2018.

Saiz aset KWSP bertambah setiap tahun kerana pencarum terus menambahkan caruman bulanan mereka,

Oleh itu, jumlah pendapatan yang perlu diagihkan untuk KWSP membayar setiap 1% kadar dividen juga naik,

Jumlah yang perlu diagihkan untuk setiap 1% kadar dividen 2018 adalah RM7.72 bilion, lebih tinggi berbanding RM7.02 bilion pada 2017.

Untuk tahun 2019, saya anggarkan RM8.4 bilion akan diperlukan untuk membayar setiap 1% kadar dividen.

Jika trend pendapatan KWSP untuk separuh tahun pertama lebih rendah berlanjutan untuk separuh tahun kedua, maka dividen KWSP untuk tahun 2019 dijangka adalahh antara 4.8% hingga 5.2% – berbanding 6.15% untuk tahun 2018 dan 6.90% untuk 2017.

Kalau dividen 2019 adalah di bawah 5.70% maka ianya adalah paling rendah sejak 11 tahun yang lalu.

Dividen tahun lepas sudah turun dengan signifikan tahun lepas.

Kemungkinan besar akan turun lagi tahun ini.

Ini juga konsisten dengan pengumuman dividen ASN 2 Wawasan bulan lepas di mana kadarnya turun ke 5%, iaitu paling rendah dalam sejarah berbanding 6% untuk tahun sebelumnya.

DATUK SERI NAJIB RAZAK,
Bekas Perdana Menteri Malaysia.

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBord*

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.