SEMALAM, Lim Guan Eng merasmikan pembukaan Menara Prudential setinggi 27 tingkat di menara Tun Razak Exchange (TRX).

Menara TRX itu merupakan ilham zaman pemerintahan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Berita kemasukan Prudential, syarikat yang berpangkalan di United Kingdom (UK), bukan perkara baharu kerana ia sudah dirancang sejak 2017 lagi apabila Najib mengumumkan pelaksanan projek yang mampu membawa pelaburan besar kepada negara.

Meskipun dikaitkan dengan isu dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan disifatkan sebagai pembaziran oleh Pakatan Harapan (PH) ketika menjadi pembangkang, projek itu diteruskan juga oleh PH sesudah menjadi kerajaan.

Guan Eng sendiri selaku Menteri Kewangan mengakui TRX merupakan aset terbaik negara.

Aksi Guan Eng merasmikan menara itu mengundang sindiran daripada Najib yang menaikkan status di Facebooknya semalam.

“Tahniah diucapkan kepada Prudential dan tahniah juga kepada Guan Eng kerana berjaya menarik pelaburan antarabangsa dari Prudential ke TRX.

“Selepas PRU14, projek TRX tukar dari hanya satu lubang besar dalam tanah menjadi antara aset terbaik negara dalam sekelip mata sahaja.

“Macam magic,” sindirnya. – 11 September 2019.

1 COMMENT

  1. Dimanakah identiti Malaysia dalam perasmian menara Prudential dengan kepala dinga Lion dance group, Malaysia ke tu…!!!! Apa bezanya drngan Hong Kong dan Taiwan… Hidup Moa Zee Tong!!!!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.