MAJLIS Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) memberitahu bahawa Kementerian Kewangan membatalkan kontrak 33 syarikat Bumiputera yang membekalkan perabot kepada semua agensi kerajaan di seluruh negara

MTEM dalam satu kenyataan menyetakan bajawa kementerian bertindak tidak adil dan terburu-buru kepada Persatuan Industri Penguasaha Perabot Bumiputera (PETRA) apabila membatalkan kontrak tersebut.

Oleh itu MTEM memohon Kementerian Kewangan menimbang semula keputusan menggugurkan 33 syarikat perabot Bumiputera daripada senarai syarikat Kontrak Panel Berpusat (KPB) baru-baru ini.

“Sebanyak 33 syarikat atau 38 peratus daripada 87 syarikat tersenarai di bawah pembekalan perabot bagi agensi kerajaan digugurkan daripada senarai tersebut berkuat kuasa 15 Julai 2019. Pengguguran ini dibuat ekoran kegagalan syarikat KPB memperoleh persijilan Sijil Perkhidmatan Produk (PCS) dari Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.”

“Pengguguran oleh pihak Perolehan MOF ini tidak langsung mengambil kira alasan, status pengujian serta pihak yang bersalah dalam konteks ini, tetapi mengambil jalan mudah dengan terus menggugurkan 33 syarikat ini hanya kerana tidak memperoleh sijil PCS sebelum tarikh 28 Jun 2019,” katanya.

Menurut MTEM, pengguguran ini bersifat zalim kerana tempoh pengujian serta jangka masa perolehan sijil PCS adalah di luar kawalan syarikat, sedangkan syarikat-syarikat ini telah mematuhi kesemua proses dan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan oleh FRIM.

Katanya kesemua syarikat yang digugurkan ini mempunyai kilang pembuatan perabot yang telah beroperasi melebihi 20 tahun, dengan pengalaman luas serta pencapaian dan pengiktirafan yang telah diperoleh, namun gagal memperoleh sijil PCS sebelum tarikh yang ditetapkan.

Tindakan kementerian kewangan di bawah kerajaan DAP-PH yang mengenepikan budi bicara ini memburukkan lagi kemelut ekonomi negara di samping menjejaskan imej mereka dalam kalangan kontraktor Melayu bumiputera. – 11 September 2019.

20 COMMENTS

  1. Semua rakyat meleysia sudah tahu sikap lim guan eng. Terutama peniaga bumiputera. Memang lim guan eng perkauman dari parti DAP. Sebab itu dia batalkan 33 permohonan bumiputera. Lepas itu dia keluarkan kenyataan tidak mengikut peraturan. Itu lah ayat biasa digunakan.

  2. Xlayak jd menteri kalau pemikiran low class..lihat lah rkyat Malaysia..ni jer stndrt menteri DAP..memalukan..ko ade pngkat, ko ade PhD master degree..guna la woi..jgn pkai lutut..ko syrkt besar xkn xde pgwai pemasaran..cari la cra naikkan sale..tarik plnggan..ko pnjual buat cra pnjual..aku pembeli ikut suka aku la nk beli ke xnak..nk pksa2 dh ke apa?

  3. DAP RASIS DAN PERKAUMAN HABIS PERNIAGAAN MELAYU DAN KONTRAK PEMBEKALAN PERABOT ORG2 MELAYU DIBATALKAN.
    MACAMNI KE KERAJAAN SEKARANG NAK BG ORG2 MAMPUS DLM PERNIAGAAN..

  4. Kena cepat sekat dan tukar kerajaan DAP / PH segera , jangan sampai dah habis harta untuk bumiputra di jarah oleh cina DAP dah tak guna.

  5. DAP tengah Kalang kabut menjarah harta negara ini sabanyak mana yg boleh, sebab mereka tahu lainkali memang dah tak ada cam lagi

  6. Tolonglah wahai bangsa melayu, bukalah minda, jangan lah jadi pak turut kepada mereka, gunalah fikiran, takkanlah kita masih tak sedar lagi tentang apa yg mereka sudahkan rancangkan dan buat.

  7. sekarang ni takyah lah kata padan muka pengundi PH. Ramai yg undi PH tu sebab nak kick out Najib. Kalau tak undi PH tergadai jugak negara kita ke negara luar. Sekarang ni kita move on bantah mana yg salah bukan saling menyalahkan pengundi.

  8. Seluruh umat islam/melayu kena bersatu gerak ekonomi dengan utamakan barangan halal /muslim….lambat laun mereka pasti terjejas terok….

  9. You olang yang angkat saya kasi menang sampai jadi menteli,macam mana you boleh malah saya ma,saya bikin keleja tolong bangsa saya pun salah ka,jgn malah kalau talak suka tunggu pilihanlaya lah,ini jam bagi can saya sakau habis2 dulu ma….

  10. Harap mana mana syarikat bumiputra atau supplier yg membekal atau melakukan service dgn kerajaan yg telah diberhentikan semuanya dapat mengistiharkan yg mereka telah diberhentikan kontrak agar kita semua tahu berapa banyak syarikat bumiputra yg telah ditamatkan kontrak dgn kerajaan baru dan digantikan dengan non bumi.

  11. Jd menteri ni sepatutnya selusuri smua kes dgn seadilnya terlebih dahulu. Tidak tergopoh gopoh. Dgr dulu apa masalah. Kemudian tgk masalah tu bila dan mcm mane bole selesai. Kena perhalusi, berbincang barulah ambil tindakan sewajarnya. Bkn secara semborono buat keputusan. Barulah standard menteri profesional rakyat lihat.

    “Pengguguran oleh pihak Perolehan MOF ini tidak langsung mengambil kira alasan, status pengujian serta pihak yang bersalah dalam konteks ini, tetapi mengambil jalan mudah dengan terus menggugurkan 33 syarikat ini hanya kerana tidak memperoleh sijil PCS sebelum tarikh 28 Jun 2019,” katanya.

    Petikan diatas bkn profesional caranya.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.