AKIBAT kegagalan seorang wanita berbangsa Cina bertutur dalam bahasa Melayu ketika berurusan di Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) , akhirnya membongkar aktiviti penjualan MyKad kepada warga China.

Menurut sumber, wanita berusia antara 25 hingga 30 tahun itu datang ke JIM Pulau Pinang bagi membuat pasport Malaysia sebelum mengemukakan MyKad miliknya yang sah.

“Namun status kewarganegaraan wanita itu diragui selepas timbul masalah komunikasi antara dirinya dan pegawai bertugas.”

“Dia gagal menjawab semua soalan yang diajukan dalam Bahasa Melayu sebaliknya hanya tersenyum sebaik soalan dikemukakan,” kata sumber kepada sebuah akhbar tempatan.

Menurutnya, MyKad yang dibawa wanita itu sah sebelum JIM membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Susulan laporan itu, satu operasi sulit dilakukan PDRM sebelum membawa kepada penahanan beberapa individu yang dipercayai terbabit dengan kes penjualan MyKad membabitkan nilai RM350,000.

Antara beberapa individu yang ditahan termasuklah pegawai kerajaan berpangkat tinggi di Pulau Pinang termasuk di Putrajaya. Kesemua mereka ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Difahamkan, operasi sulit itu akan menahan beberapa lagi individu termasuk membongkar sindiket berkenaan.

Menurut sumber, hasil siasatan sehingga hari ini kumpulan itu sudah menjual lebih enam keping MyKad selain penemuan sejumlah wang tunai bersama beberapa individu terbabit.

Selepas terbongkarnya aktiviti sindiket ini timbul persoalan, adakah usaha pihak tertentu membawa masuk warganegara China ke negara ini secara besar-besaran?

Adakah motif di sebaliknya? Mungkinkah bertujuan jangka panjang untuk menghadapi PRU akan datang? Siapakah dalang di sebalik penglibatan kakitangan kerajaan terbabit? Segalanya mungkin. – 11 September 2019.

5 COMMENTS

  1. Cari dn bongkar sendikit menjual negara ini, pasti ada ahli politik DAP yg terlibat. .Harap PDRM mrmbuat siasatan telus supaya negara ini tidak dicabul sewenanag2 nya. . .Allah melihat apa yg kamu lakukn untuk negara

    • Jangan cari separuh jalan dah lah. Sebab JIM pulau pinang dikawal DAP. Harap polis dapat menjalankan tugas dengan lebih berkesan lagi.

  2. Harap penguatkuasaan ni lebih tegas dan menjalankan kerja dengan amanah. Jangan sampai negara dijajah oleh pihak luar dan memusnahkan keharmonian di negara ini.

  3. Pastikan PdRM dan SPRM telus dan berintegriti dalam melaksanakan tugas.. pastikan negara tidak tergadai..keghairahan para pemimpin PH menjual hartanah di Pulau Pinang dan Iskandar puteri Johor kepada warga asing terutama dari negara tanah besar China dan negara Hong Kong mendatangkan curiga dan disambut pula dgn tangkapan dan pembongkaran PDRM dgn kes memiliki Kad Pengenalan tulen Malaysia okih warga asing memang betul2 menguatkan..siasat mcm mana semudah itu warga asing terutama dari kalangan warga China blh memiliki kad pengenalan awam Malaysia yg tulen..strategi ini sudah tentunya ada didalangi olih pihak2 yg berkepentingan dan tak mustahil turut melibatkan pemimpin politik yg menyalah gunakan kuasa … PDRM dan SPRM pastikan tidak tunduk dgn tekanan pemimpin politik..

  4. Eleh, benda boleh buat. Klia kenapa 4 hari aje guna manual . Buatlah sebulan ke setahun ke?
    Baru Best. Kenapa nak sgt duduk Negara Islam ye. Klu sis, tak ingin dok kat negara kafir, nak mkn pun susah.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.