PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan bahawa Pakatan Harapan mempunyai tugas berat untuk mengulangi kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Hal ini kerana katanya, bukan mudah untuk terus memperoleh kepercayaan rakyat buat kali kedua.

“Dalam pilihan raya lalu, yang menjadi isu utama ialah bekas Perdana Menteri, Najib Razak. Namun, pada PRU15, situasi tak akan sama.”

“Rakyat akan menguji prestasi PH, dan hal itu tak akan menjadi tugas yang senang.

“Biasanya kali kedua tak pernah mudah,” kata Tun Mahathir.

Kebimbangan Tun Mahathir itu ada kebenarannya.

Hal ini kerana, kepercayaan rakyat makin merosot selepas janji-janji manifesto masih belum tertunai sehingga kini.

Rakyat juga sudah muak dengan sikap pemimpin kerajaan kini yang banyak mengubah keputusan yang sudah dibuat.

Itu tidak termasuk kebangkitan umat Melayu Islam yang mula berasa kerajaan yang dikuasai DAP hari ini mula mencabar hak-hak istimewa kaum Melayu bumiputera, menghina agama persekutuan dan mempertikai institusi raja-raja.

Penyatuan ummah antara UMNO dan PAS juga merupakan suatu cabaran kepada kerajaan DAP-PH dalam PRU15 akan datang.

Perkembangan mutaakhir ini melalui kempen ‘Utamakan Produk Muslim’ menambahkan lagi tekanan kepada PH.

Apatah lagi pergolakan dalaman PH masih belum selesai sepenuhnya.

Oleh itu, adakah kerajaan DAP-PH ini benar-benar menjadi kerajaan sepenggal? Rakyat yang akan tentukan nanti. – 11 September 2019.

4 COMMENTS

  1. I hope and pray that PH will not last enough a full term. Most Malaysians regardless of their race and religion feel that anytime is good time for the dissolution of parliament (bubar parlimen). The rakyat is tired of the type of politics and politicking practiced by PH. The present government never take any responsibility in managing the people. Everything is so chaotic in Malaysia. Their biggest mistake is the blaming game they played on the previous government. Regardless of their shortcomings, the BN government was a much responsible government. BN’s policies are much caring towards the well being of the rakyat. The difference between BN and PH is heaven and earth (di antara langit dengan bumi). The rakyat is yearning for the return of the good old days in Malaysia like the ones we had under 1Malaysia.

  2. Lebih baik merasa kurang selesa.
    Agar diambil langkah-langkah yg perlu utk dapatkan undi rakyat.
    Penulis ini masih anggap pemimpin umno tu suci.
    Percayalah, menjelang pru 15 bukan saja pemimpin umno dimalukan dgn berbagai skandal bahkan dijangkakan parti umno akan terus diharamkan dgn banyak sbb.
    Malahan dgn bbrapa akaun parti yg disenarai hitamkan.
    Maka mereka/pembangkang akan hilang tempat bergantung.
    Mereka macam anak kehilangan ibu.
    Dan dlm masa pru 15 berlansung.
    Kekuatan parti2 pembangkang akan longlai.
    Dan rakyat pasti akan terus pemimpin parti yg terlibat dalam skandal tersebut.
    Pru 15 mereka telah mnjadi banduan.

  3. Tp tgk pd perkembagan semasa hari ini.
    Rakyat dh mula kembali menyukai bn dn pas.disbb kn oleh kelemahan kjaan ph memerintah,kebajikn rakyat terabai.barang2 keperluankeperluan harian semakin mahal.ekonomi menjunam,hutang negara semakin meningkat.,pelabur2 berkurang,menteri2 dlm ph bnyk menyalahkn kjaan bn.dri tunjuk kebolehan utk meninggkat ekonomi negara,tp kebolehan menteri2 ph ramai yg tk berkualiti masih lg tahap lama seperti mereka jd pembangkang.
    Apa2 pun kita tgk pru15 nnti.
    Adakah rakyat masih lg setia pd ph.
    Atau pun rakyat dhdh lama bosan.walau pun dh 5 thn memerintah tk ada apa yg dilakukn oleh kjaan ph utk tunaikn janji.yg dijanji sblm pru14 lg..hanya rakyat yg dpt menentukn nasib kjaan ph pru15 akn dtg..

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.