TUN Mahathir Mohamad sendiri tidak pernah meminta maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun pelbagai tuduhan dilemparkan kepada Presiden PKR itu, kata PAS.

Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, PAS tidak pernah melabelkan UMNO sebagai kafir sejak dahulu seperti yang didakwa Mahathir.

Mohd Amar berkata, apa yang diperjelaskan PAS adalah mengenai batas-batas iman dan kufur, namun disalah tafsir oleh pihak tertentu dengan mendakwa PAS mengkafirkan UMNO.

“Dr Mahathir sendiri tidak pernah meminta maaf kepada Anwar walaupun pelbagai tuduhan dibuat (kepada presiden PKR itu), namun kini kedua-duanya boleh duduk bersama dan bekerjasama.

“Jadi, apa masalah sekiranya PAS dan Umno bekerjasama?” katanya.

Semalam Tun Mahathir meminta Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, meminta maaf kepada UMNO dan menarik balik kenyataan yang mendakwa parti Melayu itu sebagai kafir sebelum kedua-dua parti menandatangani piagam kerjasama politik.

Mohd Amar berkata tidak timbul isu PAS perlu meminta maaf atau menarik balik kenyataan tersebut kerana mereka memang tidak pernah menggelar UMNO kafir.

“Boleh dengar semula ucapan sebelum ini kerana kita menyebut dari segi akidah.

“Cuma apa yang menjadi isu apabila orang memusingkan isu mengatakan PAS mengkafirkan UMNO,” katanya. – 11 September 2019.

1 COMMENT

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.