PENDUDUK dari China dan Hong Kong dijangka bertambah apabila kerajaan bercadang untuk mengadakan Kempen Pemilikan Rumah (HOC) khas bagi pembeli dari kedua-dua negara itu.

Cadangan melibatkan penjualan rumah mewah itu disuarakan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin dan ia akan dibawa ke Kabinet.

Selain itu, Zuraida akan berbincang dengan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Mohammadin Ketapi.

Zuraida berkata, rumah di Malaysia jauh lebih murah daripada Hong Kong, contohnya rumah berkeluasan 250 kaki persegi di Hong Kong bernilai RM3 juta.

“Saya memikirkan unit yang belum dijual di pasaran mewah, kini bernilai RM100 bilion.

“Jadi, saya fikir kita mahu menganjurkan kempen HOC di China atau Hong Kong, di mana kita boleh menarik orang-orang ini untuk melabur di sini dan membeli rumah,” katanya menurut laporan sebuah portal.

Kenyataan Zuraida itu mengesahkan lagi kebimbangan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) tentang kewujudan aktiviti ‘jualan murah’ dalam sektor hartanah negara selepas pemaju secara langsung menarik pelabur khususnya dari Hong Kong untuk membeli hartanah di Malaysia ekoran krisis politik di negara berkenaan.

Semalam CAP berkata, situasi itu mungkin dapat mengatasi masalah hartanah tempatan yang tidak terjual, namun tidak akan menyelesaikan masalah perumahan yang sedang dihadapi majoriti rakyat negara ini.

“Menggalakkan rakyat asing memiliki hartanah di sini memberikan kesan yang tidak diinginkan seperti menyebabkan harga hartanah meningkat disebabkan oleh permintaan, memburukkan lagi kekurangan tanah semasa dan menyebabkan peningkatan kos sara hidup,” kata CAP. – 11 September 2019.

5 COMMENTS

  1. Ny lagi sorng minah bodoh bgy kt org china n hong kong(orang asing) .. Ko bgy la dkt org miskin yg tkde rmah..ko kena rjin turun dan mencari org memerlukan rumah rmai lgy dduk bwah jambatan ada kuasa tpy x reti guna

  2. Memang bodoh pun betina tu.. dia ingat orang cina Hongkong nak buatkan rumah dia. Dia ingat perojek perumahan itu bapak dia punya nak tolong jualkan. Atau pun ada imbuhan pada dia. Suruh keluarkan kenyataan itu. Bodoh .

  3. Yb zuraida jalan terbaik untuk you ialah letak jawatan menteri,you dah masuk perangkap pemaju perumahan you dijadikan kambing hitam koprat selalunya keparat idea you idea bangang ngong .arigato gozaimas .

  4. Pemaju memang mementingkan keuntongan yg maksimum dgn buat rumah mahal. Sanggup byr denda dari membina rumah murah dlm pra-syarat pemaju.

    Untong buat rumah murah antara 10-30%
    Buat rumah mewah untong melebihi 200%

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.