TINDAKAN tegas perlu diambil termasuk menahan netizen yang bersikap kurang ajar dan tidak menghormati institusi diraja, kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Musa berkata, golongan tidak menghormati institusi diraja ini sebenarnya sudah dicuci otak oleh pihak tertentu untuk membenci institusi diraja sekali gus tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan.

Tegasnya, tindakan tegas perlu diambil polis termasuk menahan individu terbabit di bawah Akta Hasutan bagi mengelakkan golongan ‘kurang ajar’ ini terus ‘naik lemak’.

“Kalau kita lihat, semakin golongan muda terpengaruhi dengan sentimen kebencian terhadap institusi diraja disebabkan mereka sudah kena ‘brainwash’ dengan pihak tertentu.

“Polis kena ambil tindakan tegas terhadap golongan ini kerana perbuatan itu merupakan satu jenayah dan jika dibiarkan akan menunjukkan seolah-olah badan penguatkuasa undang-undang itu lemah,” katanya menurut laporan sebuah portal hari ini.

Beliau mengulas tindakan segelintir netizen memperlekeh keputusan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang mungkin menyahaktif laman sosial Twitter hari ini.

Tindakan Tuanku itu menjadi bahan bualan ramai warganet yang turut menyatakan rasa sedih mereka.

Namun terdapat segelintir pihak anti-Raja yang mengeluarkan kenyataan dan komen memperlekehkan keadaan itu kononnya sebagai suatu gimik. – 12 September 2019.

2 COMMENTS

  1. Cuba layari DB dan msk dlm grup GE14 yg dikelolakan anak muda pro DAP. Disini mereka menghina Melayu dan Islam sewenang wenangnya. Mereka juga menghina institusi Raja Raja tetapi tiada tindakan undang undang.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.