KEMPEN utamakan produk Muslim Bumiputera (BMBF) bukan bertujuan menjatuhkan mana-mana pihak tetapi mementingkan konsep halal, kata Aminuddin Yahaya.

Presiden Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) itu berkata, soal halal merupakan soal sensitif kepada orang Melayu yang amat dititikberatkan dalam pegangan Islam.

Jelasnya, kempen ini mendapat sambutan luar biasa apabila orang Islam hilang sabar dengan kerena penguatkuasa agama yang bersikap double standard (dalam isu halal).

Selain itu katanya, kempen ini membolehkan wujudnya persaingan dan peniaga bukan Islam tidak boleh sewenang-wenangnya menghasilkan produk yang tidak menepati syarak.

“Kita tahu ekonomi orang Melayu daif dan sebagai pengguna tegar, kita makan dan telan apa saja yang mereka buat dengan harga yang tinggi.

“Tapi bila kita lancarkan kempen ini, kita nampak kesannya apabila ada peniaga yang terpaksa turun harga sehingga 50 peratus,” katanya kepada NTHQiBord.

Aminuddin percaya bahawa kempen BMBF amat dibimbangi peniaga Cina secara politik dan ekonomi apabila menerima kesan

“Saya percaya orang Cina meletakkan politik sebagai perkara nombor dua.

“Bagi mereka, ekonomi adalah paling utama dan menerusi kempen ini, mereka amat terkesan dan mengaku kalah kepada kuasa pengguna Islam,” katanya. – NTHQiBord, 12 September 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.