LAUNGAN kebebasan bersuara oleh Pakatan Harapan rupanya sekadar omong kosong kerana usaha menyekat rakyat menyuarakan pendapat semakin hari semakin menjadi-jadi.

Seperti yang berlaku kepada  Setiausaha Penerangan MIC Pusat, Subash Chandrabose Arumugam Pilai, akaun Twitternya disekat buat sementara hanya semata-mata mengkritik Bangsa DAP yang kini menguasai Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).

“Pengecut DAP!

“Saya bukan orang kuat dalam pembangkang pun.

“Ini pulak tak berani lawan terus suspend akaun Twitter saya.

“Saya tidak akan berhenti! Demi Negara!” katanya dalam satu hantaran menerusi Facebook.

Semalam, Subash memuatnaik status dalam Twitter mengenai tindakan penulis upahan DAP yang menyerangnya kerana menyokong penyatuan Ummah.

Subash antara pemimpin MIC paling vokal menentang Bangsa DAP yang cuba merosakkan agenda penyatuan Ummah antara Gagasan Sejahtera dan Barisan Nasional.

Selain Subash, pengendali laman Facebook Tentera Troll Kebangsaan Malaysia (TTKM) juga mengadu menerima nasib yang sama sebelum ini apabila laman media sosial mereka ‘dibenam’ oleh pihak tertentu.

Facebook Team SEDAR juga mengalami masalah yang sama kerana kelantangan mereka mengkritik kerajaan Pakatan Harapan menerusi segmen Sembang SEDAR yang bersiaran setiap hari Selasa. – NTQiBord, 12 September 2019.

 

1 COMMENT

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.