SETIAUSAHA Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir membidas Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow kerana meminta agar kempen ‘Utamakan Produk Muslim’ dihentikan.

“Ketua Menteri DAP Pulau Pinang minta kita hentikan kempen BMF.”

“Adalah berkempen beli produk Muslim dahulu itu satu kesalahan atau jenayah?”

“Buka dan sokong sekolah Cina itu hak kamu. Beli produk Muslim dahulu itu hak kami.”

“Takkan DAP kerana berkuasa Malaysia sudah jadi negara komunis atau fasis di mana segala hak rakyat dikawal dan ditentukan pemerintah.”

“Tak buka mata lagi orang Melayu Islam?” katanya.

Ahad lalu Gerakan Pembela Ummah (Ummah) memulakan kempen ‘Beli Produk Muslim Dahulu’ di Pulau Pinang.

Ekoran itu, Kon Yeow beranggapan kempen ‘Utamakan Produk Muslim’ yang yang dilancarkan itu sebagai tidak produktif dan meminta agar kempen itu dihentikan.

Kon Yeow menganggap kempen itu tidak baik untuk sistem ekonomi pelbagai bangsa dan kerharmonian masyarakat.

Hakikatnya, kempen ini sebagai tindak balas atas kebiadapan DAP terhadap panduduk majoriti Melayu Muslim.

Selama ini, mereka berasakan kejayaan dalam ekonomi adalah kerana kepandaian mereka sehingga lupa bahawa tanpa sokongan rakyat berbilang kaum, mereka tiada apa-apa yang istimewa. – 12 September 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.