BARU-baru ini tular di media sosial tentang tindakan Dewan Bandararaya Kuala Lumpu (DBKL) menurunkan kain rentang Himpunan Penyatuan Ummah yang akan berlangsung pada 14 September ini di PWTC.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad berkata tindakan itu diambil kerana jumlah kain rentang yang dipasang melebihi jumlah yang dipohon oleh UMNO.

Tidak setakat itu, pemimpin AMANAH itu menuduh UMNO dan PAS menipu serta tidak bijak mengira.

“Permohonan untuk 150 bunting sahaja. Tapi pasang 1,000 lebih. Kejujuran pejuang Islamlah katakan. Bab bunting pun nak menipu. Beraraklah bersama dengan penipu-penipu yang memperalatkan agama untuk kepentingan politik mereka. Sudah terang lagi bersuluh.. atau.. tak pandai kira? Hahaha,” kata Khalid menerusi Twitter.

Namun, dakwaan terbukti tidak benar apabila bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tampil mendedahkan kandungan sebenar surat permohonan kepada DBKL itu yang jelas menunjukkan UMNO memohon sebanyak 1,000 pemasangan kain rentang.

“Saya tak pasti Menteri PH ini sama ada seorang pembohong, lembab membaca atau lemah matematik.”

“Dia kata permohonan hanya untuk 150 bunting sahaja.”

“Tapi terang-terang surat permohonan adalah untuk 1,000 bunting,” kata Najib.

Selepas Najib memalukannya, Khalid cuba buat menutupnya dengan memberi alasan bodoh.

“Ya ke memohon 1,000? Surat DBKL sebut mohon 150 jer. Hmmm… mana satu nak percaya? Rasanya UMNO terkenal penipu kan… Tak tahulah kenapa tapi ambo begitu cenderung untuk lebih percaya DBKL.

“Tapi yang jelas, anjuran UMNO naa. Hahaha.. awat tak khabak? Hahaha. Perpaduan pencuri?” ciap Khalid.

Selain itu, Khalid turut membuat lawak kononnya DBKL rugi kerana tersilap meluluskan gegantung hanya 150.

“Aduuh.. rugilah DBKL. Orang mohong 1,000 (kononnya) tapi lulus 150? Kenapa gitu? Setiap satu bunting boleh kutip bayaran… bukan senang nak dapat duit dari pencuri.

“Lain kali mohon terus dengan saya. Hampa nak 10 ribu pun ambo bagi. Tak bohong punya. Cuba mohon,” ciap Khalid.

Namun, Najib berkata, jawapan balas Khalid menyebabkan ramai netizen tidak puas hati dengan jawapan sombong Menteri PH itu.

“Sekali lagi, dia dimaki secara berjemaah,” kata Najib. – 12 September 2019.

3 COMMENTS

  1. Kau main2kan dan tertawa kan org yg nak buat penyatuan ummah. Islam tu… Agama Allah!!!!! Betul tak betul ikhlas tak ikhlas tu bukan urusan kita. Itu urusan Allah.

  2. sabarlah DSN, semoga ALLAH meredhai matlamat hambanya,semoga ALLAH benamkan puak2 PH ini pada PRU 15 ini…Takbirrr…

  3. Nasib la khalid sama kna main olih DSN, klau ambo mu kholid lg trok mu kna nge aku. Itu la ore klau dh lupa dri. Dasar manusia xsdar dri.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.