DESAKAN pemimpin DAP agar kempen utamakan produk Muslim Bumiputera (BMBF)
menunjukkan mereka takut terhadap kebangkitan masyarakat Melayu Islam, kata UMMAH.

Presidennya, Aminuddin Yahaya berkata, kempen yang dijalankan secara besar-besaran sejak hujung minggu lalu di Pulau Pinang ternyata memberi kesan kepada peniaga bukan Islam terutamanya Cina.

Jelasnya, kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow bahawa kempen BMBF sebagai siasat jelas menunjukkan pemimpin DAP itu mendapat tekanan daripada peniaga-peniaga Cina.

“Kita tahu bahawa mereka (DAP) mendapat pembiayaan dari taikun Cina dan situasi ini
menyebabkan mereka menerima tekanan.

“Jadi disebabkan tekanan peniaga Cina yang terkesan dengan kempen ini, dia (Kon Yeow) terpaksa buat kenyataan itu,” katanya kepada NTHQiBord.

Selain itu, Aminuddin berkata, tindakan pemimpin Bangsa DAP membantah kempen BMBF hanya akan menyebabkan orang Melayu terus menyokong usaha UMMAH.

Jelasnya, Kon Yeow sendiri misalnya, mengeluarkan kenyataan yang cetek kerana cuba
menjatuhkan orang Melayu dari segi politik tetapi masih tidak berjaya.

Tambahnya, pemimpin DAP juga cuba meyakinkan orang Melayu bahawa mereka baik dan
sebagainya tetapi kempen ini menjadi penghalang.

“Jika kempen ini berjaya, ini menunjukkan satu kebangkitan yang luar biasa dan menyebabkan keyakinan orang Melayu terhadap DAP dan Pakatan Harapan semakin berkurang.

“Itu yang mereka (Bangsa DAP) tidak faham. Lagi mereka tekan, lagi orang Melayu akan marah,” katanya. – NTHQiBord, 12 September 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.