Nga Kor Ming, Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

ADUN Pokok Assam parti DAP, Leow Thye Yih meletak jawatan sebagai Penolong Setiausaha DAP Perak semalam secara terbuka.

Menurut Thye, perletakan jawatan itu disebabkan beliau mengkritik Pengerusi DAP negeri, Nga Kor Ming yang disifatkan sebagai pemimpin diktator.

Jelasnya, ramai ahli yang sebenarnya berasa tidak puas hati terhadap Kor Ming kerana tindakan dan cara pengendaliannya yang tidak mengikut perlembagaan parti serta menunjukkan sikap diktator dalam setiap tindakannya.

“Contohnya selepas pemilihan parti pada tahun 2017, setiap orang dikehendaki mengikuti pengaturan Kor Ming dalam memegang jawatankuasa DAP negeri.

“Sedangkan dalam perlembagaan telah ditetapkan setiap Ahli Jawatankuasa (AJK) negeri perlu dilantik melalui pemilihan dan Speaker pemilihan turut menasihati beliau.

“Namun Kor Ming tetap dengan pendiriannya iaitu melantik AJK negeri mengikut kehendaknya.

“Oleh itu kami mengesyaki AJK DAP Perak tidak sah dan ia menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan AJK DAP lain-lain negeri.

“Kami turut mempertikaikan kesahihan kedudukan pengerusi DAP Perak kini,” katanya.

Selain itu, Thye juga mendakwa, pengerusi MPKK dan Ahli Majlis juga dilihat lebih berkuasa daripada wakil rakyat kerana perlantikan mereka dibuat dibawah Kor Ming.

“Sesetengah pembantu khas Kor Ming dilihat melangkaui kuasa wakil rakyat tempatan seperti di Parlimen Taiping dan Teluk Intan.

“Wakil rakyat perlu mendengar arahan pembantu khas tersebut sebelum diizinkan untuk mengadakan sebarang aktiviti.

“DAP Perak yang kini berada di bawah kepimpinan beliau sudah bukan sebuah ‘democratik action party’ tetapi menjadi “dictatorship action party”,” katanya. – 12 September 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.