AKTIVITI penjualan MyKad kepada warga asing sebagai perbuatan jahat dan mengancam kedaulatan negara, kata PAS.

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, beliau percaya penipuan dan penjualan MyKad yang terbongkar baru-baru ini, hanyalah isu kecil di sebalik masalah yang lebih besar dan utama.

Katanya, tindakan pihak tertentu yang terbabit dalam sindiket menipu dan menjual MyKad kepada warganegara asing disifatkan sebagai perbuatan khianat serta cubaan untuk mensabotaj kedaulatan negara.

“Adakah proses tapisan yang telah ditetapkan oleh kerajaan berjalan dengan telus? Mengapa tangkapan yang telah dibuat mendapati mereka tidak tahu berbahasa Melayu?

“Dalang penipuan dan penjualan MyKad sangat jahat. Aktiviti ini pasti dikendalikan oleh komplot yang besar dan terancang. Kedaulatan negara dalam bahaya dan akan tergadai disebabkan oleh aktiviti mereka,” katanya.

Tuan Ibrahim turut menyuarakan kebimbangan dengan ratusan ribu permohonan untuk menjadi warganegara yang didedahkan oleh Kementerian Dalam Negeri pada tahun ini.

Sehubungan itu, beliau mendesak pihak berkuasa menyiasat hingga ke lubang cacing, mereka yang mendalangi sindiket penjualan MyKad berkenaan.

“PAS percaya penipuan dan penjualan MyKad yang terbongkar mutakhir ini hanyalah ‘tip of the iceberg’. Tidak mustahil, projek MyKad ini turut membabitkan penjualan hartanah, aktiviti ekonomi gelap, sistem keselamatan negara dan kepentingan politik.

“Sekiranya ramai warganegara asing seperti dari China dan Hong Kong, di manakah penempatan mereka? Apakah pekerjaan dan tujuan mereka datang ke sini?,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Seorang pegawai di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pulau Pinang antara enam individu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Georgetown, hari ini, atas 32 pertuduhan membabitkan aktiviti penjualan MyKad dan dokumen pengenalan sah kepada warga asing.

Kes itu terbongkar selepas anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) negeri itu membuat laporan apabila mengesan cubaan wanita warga China berusia antara 25 hingga 30 tahun yang memiliki MyKad sah membuat pasport Malaysia.

Status kewarganegaraan wanita terbabit diragui dan terbongkar selepas gagal berkomunikasi dalam bahasa Melayu.

Berikutan daripada laporan itu, polis melancarkan operasi sulit dan berjaya menahan beberapa individu yang dipercayai sudah menjual lebih enam keping MyKad sah membabitkan nilai RM350,000. – 12 September 2019.

5 COMMENTS

  1. Aku yakin penjualan Mykad dan pakages sekali surat beranak “pengesahan” kelahiran Malaysia tentu ada kaitan dengan pembelian rumah yang ada bunyi-bunyi suatu ketika dahulu,yang kononnya bakal di duduki oleh warga negara China…rasanya 99%9 andaian aku adalah kemungkinan tepat.,sbb itulah mereka perlu memasuki Malaysia semasa berlaku kekalutan di KLIA supaya tiada pengesahan yang boleh membuktikan yang mereka telah memasuki Negara.,seterusnya dengan permohonan pasport Malaysia mereka akan ke singapura sebagai rakyat Malaysia,seterusnya dari singapura mereka akan terus ke negara asal china sebagai rakyat Malaysia dan kembali ke Malaysia dari china sebagai rakyat Malaysia yang Sah.,maka lengkaplah pasport mereka sebagai warga negara Malaysia.,selepas itu bolehlah mereka beranak setiap 9 bulan sekali sama ada dengan cara betul ataupun sebaliknya..apapun ini hanyalah teori aku sebagai seorang rakyat yg terkejut akan pengkianat yang berada dari dalam jabatan kerajaan itu sendiri.

  2. X syak lg zaharah nordin..100% sy akui..ni dah terancang olih cina2 malaysia yg ada kepentingan dlm kabinet…bak kata lee kuen yew melayu 2020 x akan ada…semua ni dah di rancang awal2..melayu yg sokong dap ni yg buta mata buta hati…x di bendung dr skrg abis ank cucu cicit

    • Nak kata pemimpin UMNO penyamun, penyamun mereka membantu melayu balik. tapi kalau DAP menyamun, habis sampai kenegara kita di samun. Tak cukup lagi, import bangsa cina dan beri kerakyatan. Macam Spore dulu tahun 1965.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.