HUKUMAN gantung sampai mati adalah yang paling sesuai untuk pengamal rasuah bagi kes penjualan kad pengenalan kepada warga asing, kata Pemantau Rasuah Malaysia (MCW).

Presidennya, Jais Abdul Karim berkata, hukuman berat itu pernah disuarakan oleh bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohamad Shukri Abdull.

Jais berkata, perbuatan salah guna kuasa untuk kekayaan diri dan rasuah ini memberi banyak kesan buruk kepada negara.

“Inilah yang dikatakan ‘harapkan pegar, pegar makan padi’.

“Harapkan pegawai kerajaan terutamanya pegawai di agensi penguatkuasaan yang berintegriti namun sebaliknya telah menjual maruah diri mereka kerana rasuah dan menjadi dalang yang ‘menjual negara’.

“Maka betullah kata Datuk Seri Shukri, mantan KP SPRM bahawa hukuman yang paling sesuai kepada pengamal rasuah seperti ini wajiblah dikenakan hukuman gantung sampai mati,” katanya dalam satu kenyataan.

Jais mengulas penahanan 20 individu termasuk pegawai atasan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pulau Pinang yang disyaki menjual kad pengenalan kepada warga China baru-baru ini.

Sehubungan itu, Jais berkata, pihaknya memujui tindakan pantas polis menahan suspek dalam kes itu selepas aduan dibuat oleh orang awam menerusi media sosial.

Katanya, kumpulan pendatang itu membawa banyak masalah kepada negara termasuk penyakit berjangkit, masalah sosial, budaya pengotor, budaya samseng dan masalah tukaran wang asing.

Ini kerana katanya, pendapatan mereka tidak menjana ekonomi tapi sebaliknya dihantar pulang ke negara mereka.

“80% pendapatan mereka adalah tanpa sebarang bayaran cukai pendapatan malah peluang pekerjaan dan perniagaan yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat Malaysia terutamanya kaum Bumiputra telah dinafikan,” katanya. – 13 September 2019.

14 COMMENTS

  1. TUBUH RCI SIASAT MYKAD.

    Dah byk warga asing terutama warga China & lndia di seludup masuk jd warganegara Malaysia.
    Pengalaman saya jd Pembantu Penyelaras KADUN 2013 di Pulau Pinang dulu ada kes wanita bangsa Cina tanpa sbrg identiti pohon bantuan pd Pusat Khidmat KADUN.
    Atas sb berikut permohonan beliau di tolak tp beberapa pemimpin masyarakat bangsa cina tempatan telah membawa kes ke pengetahuan LGE selaku KM PP.
    Akibatnya Pusat Khidmat pula di minta buat surat tunjuk sebab.
    Akhirnya apabila di siasat ternyata wanita bangsa cina tu adalah Warganegara China yg di seludup masuk ke Malaysia utk dapat Mykad sekaligus memenangkan DAP dlm PRU.
    Itu juga adalah antara sebab aku meninggalkan perjuangan bersama PKR & DAP..
    Biar hidup susah tp aku tak sanggup bersetongkol bersama pengkhianat negara.
    Negara ini akan tergadai jika masih ada ramai pengkhianat negara.
    Tak hairanlah pintu negara bocor dgn kehadiran & kebanjiran warga asing China, lndia, lndonesia, Filipina, Thailand, Myanmar, Afrika, dll.
    #Perjuangan demi ABATA.

    • Bro, cakap dalam blog, ada 2 tafsiran.
      1. Saja nak buat provokasi, utk menimbulkan kesangsian masyarakat.
      2. Fitnah.

      Utk maklumannya tidak ada mana2 individu yg diberikan taraf warganegara melalui sokongan pimpinan politik.

      Dulu zaman bn heboh dikatakan ianya banyak berlaku di sabah.

      Kemudian pru ke 13 , Pakatan Rakyat membuat spekulasi ada pengundi bangla yg diberikan warganegara.

      Sekarang isu ini dimainkan pula oleh pembangkang.

      Jika tuan ada maklumat, sila buat laporan.
      Jangan lebarkan fitnah.
      Kerana ianya dosa yg amat besar.

  2. Jgn cakap jaa Jais Abdul Karim. Laksanakan Hukuman itu. Jika tidak lucutkan kerakyatan . Memang tidak layak jadi rakyat negara ini. Jadikan papan target 100.

  3. Seeking death penalty for non heinous crimes is akin to legalising covert murderers. Forgeries may cause chaos and security threats but that is merely that…a breach of security. So, deal with that security infraction.
    And punish judiciously.
    Not by mob rule mentality.
    And apply that equally and similarly to corruption too.

  4. Biasa nya penjawat awam adalah dijadikan kambing hitam dalam kes kes yg macam ni. Cari siapa dalang mesti mesti orang politik yg memerintah mesti kaum yg sebangsa…

  5. Setuju.
    Perasuah & Penipuan/pemalsuan dokumen kerajaan WAJIB DIHUKUM GANTUNG SAMPAI MATI.
    Kalau boleh diarak sepanjang jalan.
    Sebagaimana yg kita lihat (viral) di negara china.

  6. Setuju.. hukuman mati paling sesuai bagi pesalah terbabit.. mereka ini sindiket dah lama buat kerja ni tapi belum tertangkap lagi.. ada 3 dalang bagi situasi terbabit.. individu org dalam.. org tengah.. org luar yg perkenalkan kepada orang asing.. walau bagaimanapun ada yg bekerja di jabatan terbabit sendiri tidak ketahui ada di antaranya menjadi pengkhianat negara sendiri.. byk kan penyamaran utk mendakwa pesalah2 terbabit.. asal kan bukan Myanmar..tapi menyamar 🤗

  7. Apa tindakan dari JPN terhadap beribu mykad yg telah di lepaskan kpd kaum asing. Di harap supaya dibatalkan mykad tersebut dari sistem JPN. Keluarkan dan senarai hitam kan nama2 mereka dan usir mereka keluar dari negara ini dgn segera. Jgn tahan mereka di deport tahanan sementara sbb menyusahkan kerajaan nak beri makan minum mereka. Usir keluar terus dari negara. Jangan berkompromi.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.