LIM Kit Siang menyebut tiga nama pemimpin pembangkang yang berpontesi menjadi Perdana Menteri hasil kerjasama UMNO-PAS.

Mereka bertiga adalah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Penasihat Bangsa DAP itu membangkitkan persoalan tentang siapa yang layak menjadi Perdana Menteri jika kerjasama PAS-UMNO mencapai kemenangan pada pilihan raya umum akan datang.

Namun persoalan itu dipatahkan oleh Ketua Wanita UMNO, Datuk Noraini Ahmad dengan menyifatkan Kit Siang sebagai penyibuk.

“Adakah mereka tahu mereka akan hanya menjadi kerajaan sepenggal? Sebab itu mereka mula hendak memikirkan siapa perdana menteri.

“Dia (Kit Siang) pula nak fikirkan PM yang akan kita bawa nanti dalam PRU..mereka mengakuilah (jadi kerajaan sepenggal),” katanya.

Noraini turut membidas pihak yang cuba mencetuskan provokasi kononnya penyatuan UMNO-Pas adalah semata-mata demi kelangsungan parti

Beliau berkata, segala kritikan tidak akan menghentikan gerakan matlamat penyatuan tersebut.

“Mereka bimbang dengan penyatuan ini, jadi mereka membuat tuduhan dan andaian. Penyatuan ini menyeru kepada perpaduan.

Fokus utama penyatuan UMNO-PAS adalah memastikan kemenangan pada PRU akan datang,” katanya. – 13 September 2019.

4 COMMENTS

  1. Memang tak akan ada pun. Selagi PM Mahathir. Kalau Anuar mungkin kot ada. Sebab anuar cakap Malaysia ini bukan melayu punya.

  2. lks oo lks…lu apa susah²… Lu sdh tua sdh nyanyuk sama dgn kutty dn al j….xmau bising²maa… Lu hidup mnyusahkn raayat mati pun mnyudahkn…diam²duduk pegi tokong semayang lg baik…nnti mati boleh mintak jd pm..

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.