LIM Kit Siang mula menunjukkan belang apabila menyoal siapa yang akan menjadi Perdana Menteri (PM) sekiranya pakatan UMNO-PAS itu memenangi pilihan raya umum akan datang.

Veteran parti DAP itu juga turut menyebut tiga calon berpotensi iaitu bekas PM, Najib Razak yang terpalit dengan skandal 1MDB, pemimpin terpalit rasuah iaitu Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi dan pemimpin penyokong Islam korup Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

“Jadi siapa calon perdana menteri untuk pakatan klepto-teokrasi Umno-PAS – Najib sekali lagi atau Hadi atau Zahid?

“Atau mereka tidak berani bercakap mengenainya dan mahu terus memesongkan rakyat Malaysia?,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Timbalan Ketua Menteri II, Pulau Pinang P Ramasamy turut menyuarakan pandangan mengenai perkahwinan politik antara dua parti Melayu-Islam terbesar itu sebagai “misi bunuh diri” buat UMNO.

“PAS, sebagai parti politik yang oportunis dan mementingkan diri sendiri, tidak akan kehilangan apa-apa dalam permainan ini.

“Apa cara lebih baik untuk membunuh Umno sebelum menjadikan PH sasaran mereka.

“Bagi PAS, piagam itu mungkin cara untuk matangkan tindakan.

“Tetapi, malangnya buat Umno, piagam itu akan membunuh diri dari segi politik,” katanya.

Selain itu, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli juga turut meramal kerjasama antara UMNO dan PAS itu tidak akan bertahan dalam tempoh yang lama.

“Mereka pernah memecah belah Ummah dengan saling kafir-mengkafir selepas kegagalan kerjasama kedua-dua parti Melayu Islam itu pada tahun 1980-an.

“Seperti juga ‘perkahwinan’ Umno-PAS yang lepas, kerjasama kali ini juga akan terburai.

“Hanya tunggu masa kerana mereka tidak tahu siapa yang suami dan siapa yang isteri dalam perkahwinan itu.

“Apabila strategi politik ini tidak menjadi dan mereka berbalah, mereka akan kembali kafir-mengkafir seperti dulu,” katanya menerusi catatan di Facebook miliknya. – 13 September 2019.

3 COMMENTS

  1. Lihatlah kombinasi Syaitan, Kafir & Munafik yg dengki & tergugat dgn PENYATUAN UMMAH Umat lslam.
    Jgn hilang fokus umat lslam yg bersatu padu mampu merubah Negara Malaysia kearah mendapat keredhoan Allah.
    Soal kepimpinan biar ditentukan Allah SWT, yg penting bebaskan negara dari pentadbiran komunis, liberal & puak semburit yg tidak tahu beza lelaki @ wanita.

  2. Takutlah tu… jelas sekali kegusaran mereka dgn penyatuan ummah ni. Insya Allah segalanya akan selamat dan dipermudahkan.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.