MENTERI Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali yang terkenal dengan isu video semburit terus menjadi tumpuan lensa walau kemana sahaja beliau berada.

Terbaru, Azmin dilaporkan menghadiri Majlis Ulangtahun Ketiga BERSATU di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Selangor malam tadi.

Timbalan Presiden PKR itu dilihat memakai persalinan baju Melayu berwarna kelabu dan duduk semeja bersama Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad yang juga merupakan Pengerusi BERSATU.

Azmin juga memuat naik gambar kehadirannya di media sosial rasmi miliknya dan menzahirkan rasa bangga kepada parti BERSATU yang didakwa parti yang muafakat dan utuh.

Sebelum ini, Azmin gagal menghadirkan diri dalam mesyuarat penting partinya sendiri, PKR tanpa memberi sebarang alasan.

Azmin didakwa ‘ponteng’ lebih lapan kali biarpun diberi surat jemputan oleh Biro Politik PKR mengenai kewajaran kehadirannya bagi membincangkan masa depan parti itu.

Beliau dilihat cuba menjarakkan diri dari parti nya, selepas tularnya video semburit miripnya di media sosial.

Azmin dalam satu kenyataannya sebelum ini mendakwa video semburit miripnya adalah konspirasi jahat dari individu yang sangat dikenali nya selama ini.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikaitkan sebagai dalang pembikinan, tetapi menafikan penglibatan beliau dalam kontroversi tersebut.

Bagaimanapun, Setiausaha Politik Anwar, Farhash Wafa Salvador direman polis dan kemudiannya dilepaskan kerana disyaki terlibat dalam pembikinan dan penyebaran video semburit mirip Azmin. – NTHQiBORD, 13 September 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.