PAKAR formula PKR, Rafizi Ramli tidak pernah lekang dengan sifat humornya.

Kalau sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), rakyat sering disajikan dengan jenaka pelbagai formula untuk menangani kos sara hidup dan sebagainya.

Tapi selepas PRU14, ternyata segala formula Rafizi itu sekadar formula lawak jenaka yang menjadi bahan ketawa rakyat negara ini.

Sekian lama menyepi dari kancah politik negara, Rafizi muncul lagi.

Kali ini, Naib Presiden PKR itu menyibuk soal kerjasama antara UMNO dan PAS yang akan dimeterai dalam satu piagam penyatuan ummah di PWTC esok.

Rafizi menyifatkan kerjasama antara UMNO dan PAS tidak akan bertahan lama meskipun diperkuat menerusi Himpunan Penyatuan Ummah (HPU).

Sebabnya, UMNO dan PAS memecahbelahkan ummah dengan saling kafir-mengkafir selepas kegagalan kerjasama kedua-dua parti Melayu Islam itu pada tahun 1980-an.

“Apabila strategi politik itu tidak menjadi dan mereka berbalah, mereka akan kembali kafir-mengkafir seperti dulu,” katanya menerusi hantaran dalam akaun Facebook miliknya hari ini.

Menurut Rafizi, PAS pernah menyifatkan UMNO sebagai ‘kafir’ selepas kerjasama dengan parti itu tidak mampu bertahan lama.

“Hubungan marah dan cinta antara PAS dengan UMNO ini sudah lama.

Semasa mereka bercerai selepas berkahwin kali pertama (tahun 1970-an), marahnya PAS kepada UMNO ini sehinggakan UMNO sudah lagi tidak Islam.

“Sekarang UMNO dan PAS dah selesai meminang, esok akan berkahwin di PWTC. Kita tidak tahu yang mana lelaki yang mana perempuan.

“Insya-ALLAH tok kadi kena semak jantina UMNO dan PAS dulu sebelum menikahkan mereka esok,” sindirnya.- 13 September 2019.

7 COMMENTS

  1. Apa yg Rafizi kalut sangat ni.. sepatutnya sebagai umat Islam dan Melayu patut bangga dgn penyatuan ini dimana 2 parti berbaik semula seperti mana dituntut ugama. Apa yg jadi selepas tu belakang cerita.

  2. Patut check sama dia nie melayu ke Dap sb org lain sokong penyatuan perpaduan antara melayu & juga lgi jgn lupa sama semak mn jantan mana betina parti2 dalam PH sape minang sapa dlu & dengr dah nk bercerai nah skrg sapa talak sape nie pulak,cinta segera mcm tu cepat sgt nk bercerai masa kawin dgn gong gendang bl nk bercerai turun x bertangga hahaha porah rafizi air liur je lbh dah x blh pakai statement

  3. Pizi tu melalak jaa boleh. kalau PAS dan UMNO memerintah tidak tak tahu dia nak pergi ke mana. Sebab itu dia yang susah hati sangat.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.