JIKA mahu kekal berkuasa sebagai kerajaan pada masa depan, jangan jadikan kuasa dan wang sebagai idola, pesan Tun Mahathir Mohamad kepada ahli BERSATU.

Pengerusi parti itu mengakui bahawa BERSATU menang bukan kerana parti itu kuat tetapi disebabkan kelemahan parti lawan.

Tun Mahathir sekali lagi mengingatkan bahawa kemenangan Bersatu pada PRU lepas bukan semata semata kekuatan mereka tetapi kerana penolakan rakyat terhadap seteru politik parti itu.

Sebagai contoh katanya, lawan BERSATU berjanji menaikkan gaji, pemberian wang kepada rakyat kerana mereka percaya rakyat akan sokong mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Tetapi katanya, ramalan itu meleset.

“Kita tidak akan guna duit. Kita bergantung kepada semangat kebangsaan dan bangsa kita. Kita bergantung kepada semangat itu untuk raih sokongan rakyat.

“Bukan kerana kita hamburkan duit kepada mereka.

“Sudah tentu, kalau kita berkelakuan seperti parti yang kita kalahkan (pada PRU14), kita juga akan kalah,” katanya menurut laporan sebuah portal.

Tun Mahathir berkata, ahli BERSATU perlu melihat kekalahan dan kegagalan pihak lawan yang telah memerdekakan negara ini, juga telah mentadbir negara selama 60 tahun itu sebagai satu pengajaran.

Jelasnya, walaupun parti lawan berkenaan “tua” dan jasanya diakui tetapi hakikatnya rakyat tidak lagi suka terhadap parti yang begitu popular itu yang akhirnya ditolak oleh rakyat di negara ini.

“Kejayaan dan kegagalan mereka serta sifat-sifat mereka itu boleh dijadikan pengajaran kepada kita. Yang mana kalau kita faham, dan kita belajar dan kita amal maka kita akan lebih selamat,” katanya. – 13 September 2019.

4 COMMENTS

  1. Bersatu menang bukan kerana PH berjanjikan bulan dan bintang ke…? Kononnya bulan dan bintang mereka lebih cantik indah dan hebat dari bulan dan bintang parti lama… Akhirnya… Tipah tertipu… 🤣

  2. Ya PH menang sebahagian nya kerana kerana janji2 namun kebanyakan pengundi dah penat parti yg hanya jadikan diri perisai utk pimpinan negara yg rasuah dan tekanan hidup seperti GST dan harga patrol yg setiap minggu turuntaik dgn x menentu di samping barangan yg tidak terkaws wl pon ia sukar utk di kawal sehingga sekarang .

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.