SETELAH seharian menjadi ‘laskar perang media sosial’ mengenai gegantung atau bunting Himpunan Penyatuan Ummah (HPU14), Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad akhirnya mengakui kesilapan agensinya.

Beliau akur bahawasanya UMNO sememangnya memohon untuk memasang 1,000 gegantung, bukan 150 seperti yang didakwanya sebelum ini.

Khalid berkata, DBKL telah mengesahkan permohonan UMNO untuk memasang 1,000 gegantung.

“DBKL minta maaf kerana sebut permohonan untuk 150 dalam surat kelulusan mereka,” katanya dalam akaun twitter.

Terdahulu, Khalid menuduh UMNO menipu kerana surat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyatakan permohonan gegantung tersebut hanyalah 150.

“Ya ke memohon 1,000? Surat DBKL sebut mohon 150 jer. Hmmm.. mana satu nak percaya? Rasanya UMNO terkenal penipu kan… Tak tahulah kenapa tapi ambo (saya) begitu cenderung untuk lebih percaya DBKL,”

“Permohonan untuk 150 bunting sahaja. Tapi pasang 1,000 lebih. Kejujuran pejuang Islamlah katakan. Bab bunting pun nak menipu.

“Beraraklah bersama dengan penipu-penipu yang memperalatkan agama untuk kepentingan politik mereka. Hahaha,”

“Tapi yang jelas, anjuran UMNO naa. Hahaha.. awat tak khabak (beritahu)? Hahaha. Perpaduang (perpaduan) pencuri?,” sindir beliau dalam ciapannya sebelum ini.

Sementara itu, UMNO mendedahkan kepada umum surat permohonan kebenaran memasang gegantung sempena Himpunan Penyatuan Ummah kepada Pengarah Jabatan Perlesenan dan Pembangunan Penjaja DBKL, Jabarilah Ja’afar bertarikh 9 Ogos 2019.

Surat yang ditandatangan Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Mohd Sumali Reduan itu memohon untuk memasang 1,000 keping gegantung di 13 lokasi, iaitu Jalan Putra, Jalan Tun Razak, Jalan Kinabalu, Jalan Tun Ismail,Jalan Kuching ke Jalan Sultan Azlan Shah dan Jalan Pahang.

suratumno

Menurut surat itu, gegantung juga akan dipasang di Jalan Tunku Abdul Halim (Jalan Duta), Jalan Raja Laut, Jalan Chow Kit, Jalan Loke Yew, Lebuhraya Sultan Iskandar (Lebuhraya Mahameru), Jalan TAR dan sekitar Masjid Negara.

Surat itu juga turut memaklumkan kepada DBKL, kerja pemasangan gegantung bermula 6 September dan akan diturunkan pada 22 September ini. – 13 September 2019.

12 COMMENTS

  1. Dek dah terbiasa dengan cara DAP iaitu fitnah dulu lepas tu buat2 minta maaf, Si Bangkai kaki Barua DAP ini cuba menutup kemaluannya (ada ke tidak?) setelah menghemburkan kata2 nista dan keji terhadap Umno dan Pas berhubung pemasangan jumlah banting dan bendera sempena Pemeterian Kerjasama Umno-Pas. Bila hati sudah diselaputi dengan sifat jijik dan tembolok sudah buncit dengan dedak DAP tidak ada lagi istilah halal haram pada kaldai ini. Syukurlah, cacaing2 kerawit ini telah keluar dari Pas.

  2. Khalid samad ni dah kenyang minum air kencing hanching .. mulut pun mcm babi caksp celupa mcm lah bagus sangat ..

  3. khalid ni selalu buat probokasi yg akhirnya memalukan dirinya sendiri.
    Dia ni otak mcm tk berapa betul. Tk layak jd menteri.

  4. mmg kegelojohan dan cermat membawa padah kpd kereadibilty sebagai menteri ini di satu sudut di sudut yg lain pengakuan kesilapan minta maaf adalah adalah sifat jati diri terpuji yg harus di hargai terutama bagi seirg pemimpin , tidak mudah utk org kayangan utk meminta maaf contoh nya 2 IKT negara yg terpalit dgn rasuah dan salah guna kuasa yg jelas lagi berseluruh yg di akui oleh seluruh dunia yg ber peradaban dan bermoral.

  5. Syukur,kebenaran terbukti…patutkah seorang menteri beri komen tanpa mengetahui hal yang sebenarnya..semberono saja melabelkan orang sedemikian rupa,umpamanya menteri itu tidak punya pengetahuan,maklumat dan sebagainya.ini jabatan kerajaan la..Klau sesuatu tanggungjawab,amanah itu diserahkan pada yang bukan ahlinya maka kebinasaan akan terjadi…walaupun individu itu berlabel amanah…

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.